Thursday, September 8, 2011

Perancangan masa senggang

Assalamualaikum.Untungla sesiapa yang dah bekerja,ataupun ada aktiviti rutin setiap kali cuti semester.Tak perlu nak merancang banyak sebab semuanya sudah terancang.haha.Sejak terkena dengan mak tadi,cakap aku belum matang lagi,rasanya elok kalau aku rancang sesuatu aktiviti yang matang.

1)Jumpa kawan lama

Ni aktiviti yang selalu dilakukan ketika cuti. Jumpa kawan lama,pasti banyak cerita yang ingin disampaikan,perkembangan terbaru masing-masing.Kalau perkembangan baik,seronok nak cerita,tapi kalau perkembangan buruk,luluh perasaan.Kawan-kawan semakin lama,semakin ramai yang pergi dan sakit.Ada peluang ketika bercuti,jumpala kawan-kawan lama yang sudah lama tak dijenguk.


2)Bercuti

Aktiviti paling menyeronokkan.Berjalan-jalan ke sana sini.Kalau oversea,setakat Thailand je la aku pernah pergi.Kalau nak melancong ke oversea,aku orang pertama kena tahan kat airport(PTPTN tak bayar,hehe).Bercuti ni satu proses pembelajaran juga.Kita belajar budaya tempat orang dari makanan sampaila sistem masyarakat tu.Aku syorkan penerbangan ke Langkawi sebagai percutian pertama anda.Kedua,ke Terengganu.Berpatutan!Puas hati!Memang dapat menenangkan fikiran dan akan jumpa apa yang tidak ada dalam negeri-negeri dan tempat lain.Lagipun,banyak pakej-pakej percutian ditawarkan di laman sosial Facebook dan laman sesawang yang lain.
Tunggu apa lagi???


3)Function

Kalau ada bakat muzik atau bakat apapun yang mendapat undangan ketika cuti-cuti panjang ni,pasti boleh mengisi masa lapang anda.Contohnya jadi DJ pun boleh,M.C ke dan banyak lagi.Kerja ketika di masa lapang.Hasil memang lumayan dengan keringat yang tak seberapa kerana perniagaan ini merupakan penjualan bakat.Selalu tengok ada budak-budak universiti main function orang kahwin,diorang cuti semester la tu.Kalau rasa tak boleh nak bekerja berdepan orang,kerja lah belakang tabir.


4)Bisnes

Kita meniaga lah semasa cuti panjang ni.Perniagaan apapun boleh.Jual produk ke,nasi lemak ke,pisang goreng ke mahupun jual suara/bakat ataupun jual lagu.Sekarangkan hangat dengan bisnes Score A,jual produk pendidikan.Jual pakaian macam t-shirt band,jersey.
Semuanya boleh dan insyaAllah ada pembeli untuk semua yang halal dijual(benda harampun ramai je yang beli).Belajar ilmu meniaga secara informalpun boleh.Zaman sekarang pendapatan paling lumayan ialah dari perniagaan.Pecahan majoriti untuk rezeki.
Ermm...nak jual lagu dengan bakat,rasa-rasanya boleh hidup tak?haha!


5)Tidur,makan,tengok TV(berulang-ulang)

Tipulah kalau tak pernah melakukan aktiviti ini ketika cuti semester.Akupun pernah,memang aktiviti paling seronok sebab selalu pergi kelas pagi,datang lambat 5minit,lecturer dah kunci pintu/suruh berdiri kat depan.Kadang-kadang,rasa terseksa nak pergi kelas pagi sampai selalu ponteng.Bila balik rumah,memang balas dendam la.Nak rehat puas-puas sebelum masuk semester baru.Bawa azam baru untuk semester baru lagi bagus daripada bawa penyakit selepas 'berehat' tu.Rehat,rehat juga tapi kesihatan jaga tau.hehe


6)Jumpa mata air


"Oh,ini rupanya kerja kau balik cuti ni"
Haha.Selalu berlaku kalau pakwe/makwe belajar diluar negara,belajar jauh dari pasangan masing-masing,memang tak dapat jumpa lah.Bila cuti ni,nak dating puas-puas.Habiskan beberapa bahagian masa untuk balak/awek yang sudah lama tak jumpa.Makan-makan,jalan-jalan,borak-borak.Nak tatap puas-puas wajah si dia.Kalau buka facebook,mesti ada gambar couple ni masa cuti semester ni.Sesiapapunlah yang bercinta pasti buat aktiviti ini ketika cuti semester.
Tak apa,zaman sekarang ada internet,skype-ing je la bila lapang kalau berjauhan tu.

Kesimpulannya, mesti ada yang berat nak meninggalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bila buka semester baru walaupun ada yang berkobar-kobar.Walau apapun perancangan aktiviti,jangan lupa peperiksaan.
Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menjawab untuk semua yang mengambil SPM,STPM,final exam serta selamat bergraduan untuk pelajar semester terakhir.

Do your best!Good luck!=)

3 comments:

Shah said...

Kerja apa ye yang sesuai dalam cuti yang x bape lama ???

Shah said...

Kerja apa ye yang sesuai dalam cuti yang x bape lama ???

Shafiq Din said...

7 eleven bro...kerja pasar...kerja kedai