Friday, September 9, 2011

Cukai tambah nilai???

Assalamualaikum.

Sabar,kalau tak sanggup untuk tambah nilai handphone kerana pengenalan cukai 6% untuk setiap tambah nilai.Sayapun kena,tiga rangkaian pula tu tapi selamatla Celcom dan Maxis tamat tempoh pada tahun 2017 dan 2013.Bayangkan 6sen untuk setiap RM1.Kalau kerap kali tambah nilai,pasti terasa kehilangan 6sen tersebut.Saya sarankan bila ada tawaran dari rangkaian yang anda gunakan seperti

*Percuma kredit RM5!Dengan hanya tambah nilai sebanyak RM10 sebelum 23 Ogos 2011.Tawaran tidak sah untuk perkhidmatan Share A Top Up.

Ini cara menguntungkan,menjimatkan.Boleh cover up 6sen yang kita bayar untuk setiap RM1.Lagi satu,semasa bonus hari jadi,manfaatkan tau.Tak baik membazir.=D
Walaupun kita menanggung beban cukai ini,seperti menanggung beban cukai makan di KFC,ada baiknya berlaku macam ni.

Bagi yang guna WiFi/internet guna sahaja Yahoo Messenger(YM) untuk hantar mesej ke nombor rangkaian mana-manapun.Tak ada loading,cepat sahaja sampai siap keluar nama YM.
Selain YM,Skype pun boleh,kalau nak 'berdating' dalam alam maya.Tak payah nak 3G,tiga dalam satu,siap boleh tulis mesej sambil berbual dalam video call.

Kalau tak reti membaca mesej,bercakap,kalau tak reti bercakap,bisu atau pekak,boleh instant messaging/chat sambil pandang muka.Kalau buta,boleh dengar suara je la.

Sekurang-kurangnya,tidak ada la nak selalu membazir 'gayut lama-lama',cakap bukan-bukan,berbual kosong dan merapu-rapu.Dan pastinya tak kan wujud orang yang mebalas mesej dengan perkataan "Ok/Yela/Oh/K" bagi satu SMS yang kita terima.(Makin ramaila yang menaip panjang dan cukupkan 1 page untuk SMS).Saya suka.Tak la membuang masa bagi yang menunggu mesej,membuang kredit begitu sahaja.Tak la membuang air liur atau "aaaaaaa" ketika berbual.

Masa akan termanfaat,mesej dan call bila perlu seterusnya tanggungjawab kita terhadap diri sendiri,keluarga,agama dan negara dapat dijalankan tanpa berlengah lagi.=)
Biar rumit asalkan tak banyak guna duit.
Biar susah asalkan bagi faedah.

=)

2 comments:

ayuyuuu :) said...

okay sokong yang ni.
good2 .

saudara punya idea bernas.:D

Shafiq Din said...

hehe..thanks ayu...=)
Apapun yg brlaku,kta kna buat pelan tindakan..mana tahu,nanti mcm2 lg bnda pnting yg akan diknakan cukai.we can't predict it.