Sunday, April 8, 2012

Kata-kata

Assalamualaikum.

Lama juga aku tak update blog.Pagi-pagi buta ni teragak untuk tulis sesuatu.

Aku tak mengharapkan banyak pembaca,banyak like mahupun komentar yang banyak.Aku mengharapkan kefahaman yang total kalau ada sesiapa yang sudi baca dan memberi manfaat kepada kalian.Alhamdulillah.


Selama beberapa bulan aku bertapa di rumah, aku faham beberapa perkara yang kadang-kadang aku update kt status fb.Kadang-kadang aku mesej kat kawan-kawan lelaki dan perempuan,kongsi apa yang aku ada.Penerimaan diorang,terserahla yang penting aku dah jalankan kewajipan aku sebagai teman diorang.Salah,aku tegur,betul aku sokong.Begitu juga aku,kalau aku ada salah,tegur,kalau aku buat benda baik,sokong.Give and take,mesti ada.

Berhujah dengan cara sendiri biarlah dengan fakta dan ilmu.Bukan dengan emosi dan akal fikiran semata-mata.
Berdebat mengasah fikiran kita untuk berfikir,menghujahkan apa yang rasional,usah jumudkan mentaliti dengan beranggapan, berdebat hanya membuang masa dan mencari masalah dengan bertikam lidah.Kematangan dan keterbukaan aspek penting untuk berhujah.


Persahabatan.Memang susah nak jalinkan persahabatan tapi amat mudah untuk memutuskannya.Sebab itu ada yang tak nak bercinta dan hanya mahu berkawan je sebab bila bercinta nanti,putus di tengah jalan,semua perhubungan pun putusla.KECUALI putus dengan cara dan punca yang baik.Itupun terserah pada diri masing-masing.


*Orang hanya kenal dan tegur kita bila kita di atas,bila di bawah, buat tak tahu je.
Orang apakah itu?
Kawan ketawa namanya.


*Bila kita kat bawah buat tak tahu,bila kita kat atas,dia tak ambil tahu.
Orang apakah itu?
Orang yang kita tak kenal&tak kenal kita walaupun saling mengenali.


Kawan menangis kita ialah orang yang sentiasa ambil tahu(hubungi,bertanya khabar, dsb) tentang kita dari awal kenal sehinggalah ke liang lahad (selain ahli keluarga).Itu kawan sejati kita.
Memang payah nak jumpa dan sukar dikenalpasti.Yang pasti kawan menangis kita bukan dari golongan dua di atas.

Siapapun kita,apapun yang kita lakukan,ingat, keikhlasan itu datang dari hati, bukan dari mulut(lisan) mahupun jari jemari (tulisan).Ikhlas kerana Allah,bukan kerana manusia.Wallahualam.
Sekian.