Wednesday, November 28, 2012

Seandainya Awak Jodoh Saya

Assalamualaikum.

Selepas sahaja membaca cerpen kisah benar tentang sahabat aku yang memendam rasa cintanya pada seorang gadis Cina, terdetik untuk aku menulis sesuatu tentang cinta.

Seumur hidup aku apabila bercinta, selalu sahaja gagal putus cinta malah ada yang hanya tersimpan dalam hati.
Sehingga kini aku masih kuncikan hati aku untuk cinta kerana dibayangi kisah-kisah lalu.
Gadis yang pernah aku cintai kini sudah bahagia, malah ada yang sudah berumahtangga.Alhamdulillah.
 Sememangnya aku masih mencari cinta sejati dan ingin menjadikannya teristimewa bagi kaum Hawa yang akan menjadi permaisuriku suatu hari nanti, InsyaAllah.

Saling mencintai adalah suatu perkara yang amat sukar berlaku serentak.
Seandainya ada gadis yang sedia menerima ku untuk dijadikan suaminya seraya aku melamarnya,
jelas cinta ku sudah tertulis untuknya. Terbukti Allah s.w.t telah mempertemukan kita akhirnya pada usia yang tak kita jangka, dan gadis-gadis sebelum ini hanya untuk menduga iman ku sebagai hamba.

InsyaAllah, ku akan mencintaimu hingga ke syurga,
Seandainya telah tiba jodoh kita,
Seandainya awak jodoh saya...<3>

Wednesday, October 17, 2012

Terima Kasih Malaysia

Assalamualaikum.

Terima kasih sebab lawat blog ni.Saya bukan blogger popular.

Terima kasih sebab dengar lagu-lagu dalam blog ni.Saya bukan pemuzik popular.

Terima kasih sebab tak baca entri ni.Saya tahu entri ni tak best.

Terima kasih sebab nak pangkah halaman ni.Saya tahu blog saya bukan yang dicari-cari.

Terima kasih radio-radio di Malaysia sebab tak putarkan lagu-lagu kumpulan muzik saya.

Terima kasih abang Naz sebab 'belum' review kumpulan muzik saya.

Terima kasih pada yang mengongkong,memaksa sesuatu yang saya tak suka lakukan.

Terima kasih kerana bagi semangat pada saya untuk terus jadi blogger,pemuzik,penulis lagu.
Tanpa layanan sebegini, saya tak mampu hasilkan sesuatu yang berkualiti.

TERIMA KASIH MALAYSIA.

Monday, August 20, 2012

Misteri Serius

Assalamualaikum.Salam aidilfitri,salam emosi untuk budak-budak emosional tentang UPU,persahabatan dan percintaan sekalian.Haha.Lantak pi hang!

Aku update blog untuk stalker,reader bukan newer blogger. Hal ini adalah disebabkan oleh bilangan follower sama je. Entri kali ini tentang gadis misteri yang pernah aku kenali,jadi teman susah senang yang serius aku tak pernah temui realiti.Asyik-asyik di alam maya. Dari dulu berhajat, roh dalam jasad ini ingin tahu siapa yang aku kenali itu.

1st of all kaki bergambar, my best friend forever, Nabel. Berkawan sejak Tingkatan 4, dia form 3, tapi bayangpun tak pernah jumpa.Berita aku ke tempat dia, dia ke tempat aku ada la.Yang ada, mesej, facebook, blog, twitter. Misteri betul, hope suatu hari nanti kau kahwin, jemput aku. Boleh aku kenal kau dengan Izzaz pada masa yang sama.Sama padan,sama cantik.the truth.(Walaupun kau tak baca blog aku..haha)

2nd, teman misteri dari lereng Gunung Ledang,Nina, bertapa 3 tahun di Segamat, tapi mengenali aku setelah aku chow chin lunch chaw dari situ.
Buat blog senyap-senyap tak beritahu.Kenal di Facebook melalui tag pada gambar.Siotla aku nak gurau-gurau usha Biha, diorang ingat betul-betul.haha..Tak sangka pula aku rapat dengan Nina sejak 2009.Siapakah budak Fareena tu?Pendek ke tinggi?Gemuk ke kurus?Kecil ke besar?Akupun tak tahu.Harap dapat terserempakpun jadi la suatu hari nanti.Janganlah misteri je sampai seumur hidup aku.

3rd, tigress, kawan kepada Nabel, Pae. Datang PD dua kali dah, jumpa akupun tak pernah. Kau kena lah tahu siapa Muhammad Shafiq yang brutal lagi metal tahap membunuh ni. At least, ensure kau tak berkawan dengan stranger. Mana tahu aku ni gemuk ke sebenarnya, gigi rongak ke, mata hijau ke..Sejak dari Tingkatan 2 kita kenal,zaman Semashur kau sampaila matriks dan degree sekarang. Adik beradik kau, parents kau aku kenal je nama..haha.


Tolonglah jangan memisterikan diri anda dalam sejarah hidup aku.Aku budak baik lagi sopan kurang santun,makan daging kambing bukan darahnya.Terserempak pun jadi lah.InsyaAllah.

*Jangan risau jodoh aku korang takkan tahu siapa, takkan kenal siapa sampailah hari aku menikah nanti.
Tak ada orang nak marah aku jumpa member.

Sunday, June 17, 2012

Suka Duka Yang Terbaik Dari-Nya

Assalamualaikum.Alhamdulillah,dapat juga untuk menulis entri yang baru.Alang-alang malam ni aku dapat pinjam broadband abang aku, boleh lah luahkan sedikit rasa,buah fikiran dan pendapat.


Aku tahu kerja apapun tak mudah.Allah telah memakbulkan hajatku untuk bekerja sebagai pemuzik sambilan. Pendapatan aku memang tak tentu kerana kadangkala dapat job. Kadangkala tak ada job,aku buat recording sikit-sikit.Permulaan yang mendebarkan di hotel lima bintang,Marriot Hotel di Putrajaya,di hadapan VIP,Dato' Datin,doktor-doktor dalam dan luar negara. Allah beri yang terbaik untuk aku, bermula pada malam itu, dengan pujian tetamu,ucapan terima kasih daripada Dato' dengan menjabat tangan pemuzik-pemuzik, membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam minat yang sudah berdekad ini.Itu penanda aras yang baik..


Aku tidak sepopular artis di youtube seperti Najwalatif, tidak sehebat gitaris lagenda Rosli Muhalim, Jason Becker mahupun Yngwie Malmsteen. Malah bukan blogger yang hebat seperti Ben Ashaari mahupun Yuyu Zulaikha. Aku hanya melaksanakan apa yang aku peroleh dari-Nya untuk terus survive dalam kehidupan.I'm really trust what I've been for. Aku bersyukur dapat berkarya dengan band baru secara serius.InsyaAllah minggu depan akan keluar single terbaru dari band baru Pendeta.Album, insyaAllah tahun depan.Kalau lagu promo berjaya menaikkan nama band kami.


Dalam dunia saiber dan nyata ni, biarlah like tak banyak,komen tak ada langsung, biarlah orang tak kenal aku,biarlah orang tak suka aku,biarlah aku tak popular dan hot macam yang lain, kerana ini adalah yang terbaik dari-Nya untukku, untuk mak abah, untuk seluruh keluarga ku.Apa yang paling penting bagi seorang anak lelaki ialah melihat mak abah gembira dengan kejayaan mereka..


Anything,if it's for my mum and dad, insyaAllah, I'll striving till the last...=)

STPM Excellence Awards



Suka Duka (Ketenangan) - Shafiq Din

Sunday, May 20, 2012

Mrs., Right?

Assalamualaikum.


Aduhai nasib tunggu burning process for CD & VCD, 'just' two hours. Akhirnya, "your burning process is failed".Menyesal aku tak tidur awal,melayan usaha untuk burn the CD. Akhirnya aku kecewa dan tak tidur sampailah ke subuh.Siot punya Nero.


Whatevr,I'm already 21 years old.call me Mr.Shafiq.Really "Mr."


Aku rasa, dalam hari ini,aku asyik cerita pasal kahwin je sebab kawan aku ni, pemilik blog http://ikutsedaphati.blogspot.com/
membuatkan aku terasa yang aku sebenarnya seperti dia gak.Punyai seseorang yang perlu dihargai dalam blog.Sebagai seorang lelaki 3G (garang,ganas,gila-gila), memang segan nak mengaku sedang bercinta ke, sedang dilamun cinta ke, rasa nak menyorok bawah meja je kalau ada orang tanya soalan macam tu.It's hard for me to admit it.


Bila si dia nak bergambar berdua, aku rasa aku kena make up macam Dani Filth, baru rasa tak segan. Dahla aku tak reti nak buat mimik muka, nak buat muka cute tu semua, habis jahanam gambar tu dengan muka 'Undark' aku tu. Habis mak dia cakap aku ni garang,sedangkan aku ni lemah lembut,sopan santun,pemalu dan bukan gay serta bukan buruan gay.haha.

Apa-apapun,menyanyipun suara dah tumpul, petik gitarpun dah jarang, maka ucapan terima kasih kepada si dia kerana sudi menjadi P.A (Primadona Aku),jaga makan minum aku yang cerewet ketika keluar date, 'unduckkan' blog aku dengan jayanya, uruskan partnership business kita, dengar aku bagi syarahan, membebel bersama-sama serta berkongsi cerita aku yang tak kelakar .Selamat menyambut ulangbulan yang ke-10.Dah tiga tahun kita kenal!=)


This is for you..

Aku ni muka mangsa buruan ke?nasib badan.


Sunday, April 8, 2012

Kata-kata

Assalamualaikum.

Lama juga aku tak update blog.Pagi-pagi buta ni teragak untuk tulis sesuatu.

Aku tak mengharapkan banyak pembaca,banyak like mahupun komentar yang banyak.Aku mengharapkan kefahaman yang total kalau ada sesiapa yang sudi baca dan memberi manfaat kepada kalian.Alhamdulillah.


Selama beberapa bulan aku bertapa di rumah, aku faham beberapa perkara yang kadang-kadang aku update kt status fb.Kadang-kadang aku mesej kat kawan-kawan lelaki dan perempuan,kongsi apa yang aku ada.Penerimaan diorang,terserahla yang penting aku dah jalankan kewajipan aku sebagai teman diorang.Salah,aku tegur,betul aku sokong.Begitu juga aku,kalau aku ada salah,tegur,kalau aku buat benda baik,sokong.Give and take,mesti ada.

Berhujah dengan cara sendiri biarlah dengan fakta dan ilmu.Bukan dengan emosi dan akal fikiran semata-mata.
Berdebat mengasah fikiran kita untuk berfikir,menghujahkan apa yang rasional,usah jumudkan mentaliti dengan beranggapan, berdebat hanya membuang masa dan mencari masalah dengan bertikam lidah.Kematangan dan keterbukaan aspek penting untuk berhujah.


Persahabatan.Memang susah nak jalinkan persahabatan tapi amat mudah untuk memutuskannya.Sebab itu ada yang tak nak bercinta dan hanya mahu berkawan je sebab bila bercinta nanti,putus di tengah jalan,semua perhubungan pun putusla.KECUALI putus dengan cara dan punca yang baik.Itupun terserah pada diri masing-masing.


*Orang hanya kenal dan tegur kita bila kita di atas,bila di bawah, buat tak tahu je.
Orang apakah itu?
Kawan ketawa namanya.


*Bila kita kat bawah buat tak tahu,bila kita kat atas,dia tak ambil tahu.
Orang apakah itu?
Orang yang kita tak kenal&tak kenal kita walaupun saling mengenali.


Kawan menangis kita ialah orang yang sentiasa ambil tahu(hubungi,bertanya khabar, dsb) tentang kita dari awal kenal sehinggalah ke liang lahad (selain ahli keluarga).Itu kawan sejati kita.
Memang payah nak jumpa dan sukar dikenalpasti.Yang pasti kawan menangis kita bukan dari golongan dua di atas.

Siapapun kita,apapun yang kita lakukan,ingat, keikhlasan itu datang dari hati, bukan dari mulut(lisan) mahupun jari jemari (tulisan).Ikhlas kerana Allah,bukan kerana manusia.Wallahualam.
Sekian.

Saturday, February 18, 2012

Estetika Jiwa


Assalamualaikum.
Lama sudah aku tak update blog, internet tak ada, memang payah la.Nak tulis apapun aku tak tahu,
jadi,biarlah apa yang aku tulis ni betul-betul diri aku.

Sekarang ni aku layan gila solo-solo gitar yang betul-betul bermain dengan jiwa macam lagu-lagu Steve Vai.
Orang yang minat muzik,menyanyi atau mendengar lagu pasti faham apa tu penghayatan.Macam baca novel,cerita sedih mesti menangis,cerita seram mesti rasa seram.Kalau cerita sedih macam biasa je,orang tu mesti tak ada jiwa bila membaca novel.Begitu juga bila mendengar lagu,menyanyi dan bermain alat muzik.Soul tu penting.Bila ada soul,baru ada penghayatan dan baru faham apa yang kita dengar walaupun hanya sekadar instrumental.


 Aku mula belajar menghasilkan lagu-lagu yang lebih kepada feel dan soul bila mendengar karya-karya Karl Cromok,Kitaro,Yngwie Malmsteen dan seterusnya Steve Vai.Lagu-lagu yang mereka cipta dan alunkan ada cerita yang sangat dramatik.Kadang-kadang aku nak ketawa bila tengok Steve Vai dalam konsert live dia tapi itulah hakikatnya,dia menjiwai lagu yang dimainkannya.Setiap not yang dipetik mengeluarkan tone yang sangat meruntun jiwa.

Akupun mula hasilkan lagu-lagu instrumental yang bermain dengan perasaan seperti Sadness (Let The Time Decide) /2009, Terdayakah /2011, Ketenangan /2011.Tak lupa juga rendisi lagu-lagu instrumental yang bergenre metal seperti Anger Of Revenge (Part I-Part IV)/2010-2012, Hehehehehe /2012.Aku bukan saje2 letak tajuk macam tu.Ada cerita disebalik setiap solo yang aku corakkan.









Setiap solo yang membuatkan gitaris bermain dengan penuh penghayatan mempunyai estetika kepada jiwa seorang gitaris itu sendiri.

\m/

Monday, January 9, 2012

Wo ai ni

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar,sudah hampir 4tahun facebook wujud dalam hidup aku.Bermula dengan kebosanan,sangat tak aktif sehinggalah sederhana aktif seperti sekarang.Macam-macam yang berlaku di facebook dan banyak benda yang aku dapat belajar.

Sedar tak sedar,aku mengelamun secara tak sengaja, teringat kat amoi yang aku pernah usha masa di sekolah dulu.Nak kata masa tu memang aku rasa handal,bukan senang amoi nak lekat dengan lelaki metal macam aku.hehe.Dapatla jadi bf amoi tu kejap walaupun aku tak tak tau apa status kitorang.haha.

Dia cantik,comel,aku bahagia gila,semangat nak bawa dia ke dalam Islam.Nak kahwin dengan dia tapi...dia tak fasih Bahasa Melayu.Apa yang aku mesej,haram nak balas walaupun aku taip ayat skema,ejaan penuh.Call baru angkat.
Tulis surat,apa dia tulis aku tak faham.Ayat-ayat jiwang aku, lagi la dia 'faham'.

Disebabkan masalah komunikasi,aku tak taupun dia nak putus ke,nak apa ke.haha.Tapi,dah tak ada rezeki,usaha macam manapun,kalau bukan jodoh dengan aku,tetap bukan jodoh aku.Apa boleh buat, nasib badan.Kenanglah sampai bila-bila tetap jadi kenangan.

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan amoi aku,teringat kat dia.Diapun dah tak ingat kat aku, tak approve akupun kat fb sebab dia tiap-tiap hari termakan semut kot selepas putus.

Venny,semoga awak bahagia dengan hidup awak,walaupun awak mungkin masih tak faham apa yang saya tulis ni&mungkin awak tak suka baca blog.Izinkan ku pergi.hehe.=)



Wednesday, January 4, 2012

Fenomena Ajek Hassan

Assalamualaikum.
"Tuhan tolong...lembutkan hati dia....."
Ombak Rindu yang dicover oleh bro Ajek Hassan dalam saluran Youtube telah berjaya menambat hati ramai peminat baru beliau.Antara lagu popular yang disyahdukan oleh beliau dalam channel mahass. Banyak lagi lagu-lagu yang dicover oleh beliau yang menyedapkan halwa telinga seperti Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza), Awan Nano (Hafez AF), Usang (Rahim Maarof), Bila Cinta (Gio) dan Kasihnya Ibu (Jamal Abdillah)

Aku tak terkejut apabila pelakon Abby Abadi sendiri merupakan peminat setia bro Ajek.Selalu aku lihat Abby Abadi share video-video bro Ajek Hassan dalam facebook page dan facebooknya.
Sebagai peminat terawal bro Ajek Hassan, aku berasa sangat puas hati.Aku dapat sebar dan kongsikan hasil-hasil terbaik bro Ajek kepada kawan-kawan aku.Bila diorang layan lagu-lagu nyanyian bro Ajek, aku gembira.Aku rasa bro Ajek deserve untuk diiktiraf sebagai penyanyi anak jati Malaysia yang versatile..

Alhamdulillah.
Ajek Hassan akan datang Malaysia.Tak sabar rasanya nak lihat idola aku dalam bidang muzik beraksi dalam TV.Dengar-dengar beliau akan keluar dalam rancangan Jangan Tidur Lagi.Harap-harap dapat tengok TV masa beliau muncul.
Bagi aku,yang banyak main peranan ialah peminat-peminat bro Ajek.Ada rezeki,InsyaAllah bro Ajek akan rekod lagu sendiri dan radio-radio tolong putarkan lagu beliau setiap hari.hehe.
So,let's watch "Have You Ever Really Loved A Woman (Bryan Adams) ",covered by Ajek Hassan.