Monday, January 9, 2012

Wo ai ni

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar,sudah hampir 4tahun facebook wujud dalam hidup aku.Bermula dengan kebosanan,sangat tak aktif sehinggalah sederhana aktif seperti sekarang.Macam-macam yang berlaku di facebook dan banyak benda yang aku dapat belajar.

Sedar tak sedar,aku mengelamun secara tak sengaja, teringat kat amoi yang aku pernah usha masa di sekolah dulu.Nak kata masa tu memang aku rasa handal,bukan senang amoi nak lekat dengan lelaki metal macam aku.hehe.Dapatla jadi bf amoi tu kejap walaupun aku tak tak tau apa status kitorang.haha.

Dia cantik,comel,aku bahagia gila,semangat nak bawa dia ke dalam Islam.Nak kahwin dengan dia tapi...dia tak fasih Bahasa Melayu.Apa yang aku mesej,haram nak balas walaupun aku taip ayat skema,ejaan penuh.Call baru angkat.
Tulis surat,apa dia tulis aku tak faham.Ayat-ayat jiwang aku, lagi la dia 'faham'.

Disebabkan masalah komunikasi,aku tak taupun dia nak putus ke,nak apa ke.haha.Tapi,dah tak ada rezeki,usaha macam manapun,kalau bukan jodoh dengan aku,tetap bukan jodoh aku.Apa boleh buat, nasib badan.Kenanglah sampai bila-bila tetap jadi kenangan.

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan amoi aku,teringat kat dia.Diapun dah tak ingat kat aku, tak approve akupun kat fb sebab dia tiap-tiap hari termakan semut kot selepas putus.

Venny,semoga awak bahagia dengan hidup awak,walaupun awak mungkin masih tak faham apa yang saya tulis ni&mungkin awak tak suka baca blog.Izinkan ku pergi.hehe.=)



Wednesday, January 4, 2012

Fenomena Ajek Hassan

Assalamualaikum.
"Tuhan tolong...lembutkan hati dia....."
Ombak Rindu yang dicover oleh bro Ajek Hassan dalam saluran Youtube telah berjaya menambat hati ramai peminat baru beliau.Antara lagu popular yang disyahdukan oleh beliau dalam channel mahass. Banyak lagi lagu-lagu yang dicover oleh beliau yang menyedapkan halwa telinga seperti Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza), Awan Nano (Hafez AF), Usang (Rahim Maarof), Bila Cinta (Gio) dan Kasihnya Ibu (Jamal Abdillah)

Aku tak terkejut apabila pelakon Abby Abadi sendiri merupakan peminat setia bro Ajek.Selalu aku lihat Abby Abadi share video-video bro Ajek Hassan dalam facebook page dan facebooknya.
Sebagai peminat terawal bro Ajek Hassan, aku berasa sangat puas hati.Aku dapat sebar dan kongsikan hasil-hasil terbaik bro Ajek kepada kawan-kawan aku.Bila diorang layan lagu-lagu nyanyian bro Ajek, aku gembira.Aku rasa bro Ajek deserve untuk diiktiraf sebagai penyanyi anak jati Malaysia yang versatile..

Alhamdulillah.
Ajek Hassan akan datang Malaysia.Tak sabar rasanya nak lihat idola aku dalam bidang muzik beraksi dalam TV.Dengar-dengar beliau akan keluar dalam rancangan Jangan Tidur Lagi.Harap-harap dapat tengok TV masa beliau muncul.
Bagi aku,yang banyak main peranan ialah peminat-peminat bro Ajek.Ada rezeki,InsyaAllah bro Ajek akan rekod lagu sendiri dan radio-radio tolong putarkan lagu beliau setiap hari.hehe.
So,let's watch "Have You Ever Really Loved A Woman (Bryan Adams) ",covered by Ajek Hassan.