Monday, September 26, 2011

Meja Study

Assalamualaikum.

Meja study.

Function:

1.Selalu menjadi destinasi utama terutamanya ketika ingin menyiapkan assignments secara
individu dan study sebagai preparation sebelum exam.

2.Selalu menjadi tempat untuk letak gambar awek,hadiah-hadiah yang diberi,hiasan-hiasan yang cantik dan jam.

3.Selalu menjadi tempat untuk laptop;bersosial secara maya,main dota,cs/halflife,PES,guitar hero dan macam-macam lagi jenis game berjam-jam.

4.Selalu menjadi tempat makan kalau makan kat bilik.

5.Selalu menjadi tempat ash tray bila merokok.

6.Selalu menjadi tempat untuk meletak handset dan barang-barang persendirian yang lain.

7.Selalu menjadi tempat duduk ketika melepak berborak ramai-ramai dengan roommate dan kawan-kawan.

8.Selalu menjadi tempat letak kaki.

Itu fungsi yang aku tahulah.Ada sesiapa boleh bagitahu,apa fungsi meja study lagi tak?hehe...

Saturday, September 24, 2011

Tips mencipta lagu

Assalamualaikum.
Aku nak cerita bagaimana lagu-lagu yang sedap didengar di radio,dicipta.Aku teringin nak kongsikan beberapa cara aku menulis lagu selama empat tahun menjadi penulis lagu dan komposer dalam arena D.I.Y Label walaupun baru 7 buah lagu kerana kesibukan masa.Aku sudah berjinak menulis lirik sejak Tingkatan 1,minat mencipta pantun telah membawa aku untuk menulis lirik.


Proses penciptaan lagu selalu komposer akan gunakan beberapa alat muzik yang lazim untuk penciptaan lagu.Piano,keyboard dan gitar antara instrumen utama untuk mencipta lagu.Mereka mungkin akan merakamkan melodi yang dicipta,kalau yang pandai tulis skor,mereka akan merekodkannya dengan menulis skor lagu tersebut.Kalau aku,dengar gitar,aku akan rekodkan melodi dan not semuanya aku simpan dalam otak.Bila dah rakam,baru aku tulis supaya aku tak perlu nak padam-padam banyak kali sebab improvisation akan datang dalam ilham kita bila-bila masa sahaja.


Melodi tu selalunya datang dari jiwa.Kalau jiwa sedih,melodi pasti mendayu-dayu.Bergantung pada situasi atau peristiwa yang korang fikirkan semasa tu.Kalau jiwa marah,melodi memang 'kejam' la.Tapi sesebuah melodi takkan berjaya menarik pendengar jika lirik yang ditulis merapu-rapu kecuali kalau melodi tu untuk lagu instrumental.


Nak hasilkan sebuah lirik yang 'masuk akal' mudah sahaja.Cerita kan dengan jujur,apa yang berlaku dulu terutama perkara yang bold dalam fikiran anda sewaktu menulis tu.Ceritakan dari mula sehinggalah kesimpulannya/penghujung cerita.Menulis lirik ni macam menulis karangan juga,cuma tak terikat dengan hukum tatabahasa(grammar).Itu yang aku belajar ketika di universiti dulu dalam subjek BEL(English).


Yang menguatkan lirik tersebut ialah plot cerita,penceritaan dan gaya bahasa kita.Lirik yang bagus selalunya mempunyai gaya bahasa yang menarik,bahasa yang puitis dan jalan cerita yang jelas.Kalau orang faham cerita kita,barulah orang suka dengan karya kita.Nasihat aku,biarlah rima lirik anda abab/aabb/aaaa.Sebagai beginner,empat baris untuk rangkap berserta tidak lebih 6-7perkataan untuk satu baris.Hal ini akan memudahkan korang untuk mencipta melodi untuk lirik tersebut.


Ada dua cara yang digunakan untuk penciptaan penuh sebuah lagu yang aku gunakan.
1.Tulis lirik kemudian lagukan.
2.Cipta melodi kemudian masukkan lirik.


Cara (1) tu selalunya akan menjadikan lagu korang lebih mudah diaplikasikan berbanding cara (2).Dua-dua cara aku gunakan dan dua-dua cara dapat menghasilkan sebuah lagu yang sedap didengar.


Cuma jangan menulis lirik dengan melakukan pengulangan kosa kata yang sama seakan tak ada idea.Membosankan jika dibaca bila melodi korang tidak cukup kuat.


Pendengar berbeza,ada yang suka dengar muzik sebuah lagu,ada yang suka dengar melodi,ada yang suka dengan lirik lagu tersebut.Pandai-pandailah korang usahakan untuk aspek kekuatan lagu korang.
Untuk dapatkan ilham menulis lirik/lagu,gunakanlah dengan cara yang korang selesa.Tak perlu nak tension-tension.Pergi ke tempat yang tenang ke,bersendirian ke,dengar lagu yang korang minat ke atau apa-apapun yang penting korang tak tulis lagu yang 'kosong','kabur' dan 'over'.Bagi aku,lirik/lagu berunsur ketuhanan paling susah nak tulis.Paling sekejap aku cipta lagu dalam kurang sejam sahaja,paling lama tak sampai tiga hari tu pun sebab nak dapatkan ilham.Ilham tu datang skjp je,kalau tak rakam,hilang macam tu je.Kualiti melodi bukan bergantung pada sekejap atau lama dihasilkan,tapi kreativiti korang untuk membentuk melodi tersebut yang Allah ilhamkan pada korang.


Kesimpulannya,bila datang je ilham,terus je rekod.Sebab ilham ni susah nak datang tapi senang nak pergi.Apa-apapun,semoga berjaya untuk pengkarya-pengkarya sekalian!


Macam mana ye Karl Cromok boleh cipta lagu instrumental yang sangat best,Another You, selama 2tahun?

Saturday, September 17, 2011

Food court, food kot.

Assalamualaikum.


Beberapa hari yang lepas,masa aku pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur,singgahla sekejap makan dulu.Yelakan,ada orang belanja,tempat manapun aku sapu je,rezeki.Kami makan di Food court salah sebuah kompleks membeli yang terkemuka di negara ini.Mahu dipendekkan cerita,saya makan nasi ayam,dia pula makan kuey teow goreng.Walaupun nasi ayam saya hanya mengharapkan ayam dan nasi sahaja(bukannya kicap/sambal/sup),kuey teow goreng dia pula hanya mengharapkan rencah.Kalau ada ayam,udang,dan bukannya kerang yang sepatutnya menjadi rencah asli,akan menjadi punca dia makan hidangan tersebut.


Selalunya kuey teow goreng rupanya sebegini kan




Yang dia makan tu rupanya berkilat(oily),brightness kuey teow tu (-50).Bayangkanlah,dah hampir-hampir nak jadi kuey teow kopi.Kalau tunjuk nanti,dah biasa tengok kan.Memang payah nak habiskan kecuali kalau betul-betul alami kebuluran.Dulu aku makan nasi beriani ayam je di Food court KL,mahal sangat,dalam RM11(termasuk air milo).Tapi rasa nasi apa entah.Menyesal aku beli,kalau tau,aku dah makan kat KFC.
Tengokla kalau yang penyedia makanan tu,dah boleh agak menjadi ke atau tak hidangan yang kita pesan tu.


Kalau kita order makanan dalam kuali panas tu,cuba tengok orang bangla tu masukkan bahan,main campak je bahan tu,dah handal macam Chef Wan.sesuai dengan rasa yang terlebih masin masa kita makan hidangan kuali panas tu.Pernah juga kan tengok bangla sediakan Nasi Goreng Kampung?


Kadang-kadang tak serupa makanan dah,ni bukan Food court,malah kita akan bertanya "Apa ni?"
Tu yang makan tak habis tu.Kalau habispun sebab lapar sangat,tak nak membazir@harga mahal(rugi).


Sepatutnya kalau dah hidangan macam tu,bagilah berpatutan dengan harga.Ini tak,macam harga hidangan standard high class,
Solusinya,gunakan kebijaksanaan dalam memilih tempat makan.
Tak ada la kebarangkalian membazir.Takpun,makan je la kat kedai mamak yang bagus-bagus dan berpatutan.
Masakan timur lebih susah disediakan daripada masakan barat.Tak nak la nanti aku makan mi goreng basah,rasa mop berendam kicap pulak...

Tuesday, September 13, 2011

Cara menyelesaikan masalah

Assalamualaikum.


Mesti pernah mengalami situasi seperti kucing di atas kan?Maksud saya,situasi di mana "sudah jatuh ditimpa tangga",bukan situasi Friskies habis.Masalah datang bertubi-tubi ketika saat genting.Kucing ni pun,tension sampai merokok dengan topi keledarnya masih di atas kepala selepas bergaduh dengan awek.Ada je manusia yang merokok bila tension dan keluar jalan-jalan menggunakan motor.Sampai pernah saya dengar,yang telan menelan panadol berpapan-papan.Bahaya tu.Untungla sesiapa yang tak suka makan ubat,tak ada la terlibat dengan dadah berbentuk pil ni.


Sebelum saya mengarut lebih lagi,kalau tidak ada dugaan,pastikah kita akan sentiasa mengingati Tuhan?Jika tiada dugaan,pastikah kita bina daya tahan menguatkan perasaan?Dan bermacam lagi persoalan.Selalunya,bila keadaan seperti itu berlaku,kalau tidak berjaya dikawal,memang diri kita akan mengalami perubahan emosi.Terlalu cepat marah,murung dan kemungkinan bagi yang kronik,membuat perkara-perkara yang sangat memberi keburukan kepada diri dan orang sekeliling.


Janganlah mengambil jalan mudah,untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Tuhan uji kita untuk menambahkan kekuatan kita dalam meneruskan perjalanan dalam fasa-fasa kehidupan yang berikutnya.Semakin bertambah umur,semakin bertambah dugaan,semakin bertambah pengalaman.Semakin beringat,semakin kita kuat.


Jika ada masalah,cerita dan luahkan pada Pencipta kita dahulu,berdoa mintalah apa-apa yang kita kehendakkan dan ceritalah apa yang kita rasakan mudah-mudahan,insyaAllah, kita dapat menempuh ujian itu serta usaha-usaha kita mendapat keredhaan dari-Nya.Kemudian berceritalah dengan ahli keluarga ataupun sahabat rapat termasuklah orang-orang yang boleh dipercayai.Dugaan tu takkan datang sekali sahaja,ataupun bukan hanya tidak serentak.Perkara yang tidak diduga,itulah dugaan.Mahu atau tidak,kita kena hadapi.Terserahlah pada kita untuk bertindak dalam menghadapinya.
Semakin kita kuat,semakin besar dugaan itu.Tuhan takkan uji kalau kita tidak boleh menghadapi sesuatu perkara tersebut.=)

Saturday, September 10, 2011

Jangan pandang belakang

Assalamualaikum.
Siga saga!

Jangan sesekali pandang belakang.Bukan ada hantu,tapi secara motivasinya kalau nak terus ke depan,kena pandang depan.Kalau pandang belakang,macam mana nak pandang depan?


Sekali menulis blog,nak ke berhenti setakat INI?
Sekali menyanyi,nak ke berhenti sebelum sampai korus?
Sekali makan, nak ke berhenti sebelum mengunyah?
Sekali menangis,nak ke berhenti sebelum mengeluarkan airmata?
Sekali melangkah,jangan sesekali berpatah atau menyerah kalah!


Jawab jangan tak jawab!

Kata-kata merepek dari aku,tapi lebih kurang begitulah kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang.Bukan kata orang,tapi kata "orangs".Haha.

Pandang je ke depan,teruskan dengan usaha anda.Jangan sesekali lemah dengan dugaan/ujian yang mematangkan kita dalam membuat tindakan.
Jangan lemah dengan kritikan,kerana apa-apapun perkara kena bermula dari bawah dan menempuh kegagalan dahulu.

Selagi ada semangat dan usaha,InsyaAllah,kita mampu untuk menggapai impian!

Bukan usaha perkara pokoknya,tapi kesungguhan dan semangatmu wahai insan.

Jangan putus asa walaupun telah putus asa.=P

Friday, September 9, 2011

Cukai tambah nilai???

Assalamualaikum.

Sabar,kalau tak sanggup untuk tambah nilai handphone kerana pengenalan cukai 6% untuk setiap tambah nilai.Sayapun kena,tiga rangkaian pula tu tapi selamatla Celcom dan Maxis tamat tempoh pada tahun 2017 dan 2013.Bayangkan 6sen untuk setiap RM1.Kalau kerap kali tambah nilai,pasti terasa kehilangan 6sen tersebut.Saya sarankan bila ada tawaran dari rangkaian yang anda gunakan seperti

*Percuma kredit RM5!Dengan hanya tambah nilai sebanyak RM10 sebelum 23 Ogos 2011.Tawaran tidak sah untuk perkhidmatan Share A Top Up.

Ini cara menguntungkan,menjimatkan.Boleh cover up 6sen yang kita bayar untuk setiap RM1.Lagi satu,semasa bonus hari jadi,manfaatkan tau.Tak baik membazir.=D
Walaupun kita menanggung beban cukai ini,seperti menanggung beban cukai makan di KFC,ada baiknya berlaku macam ni.

Bagi yang guna WiFi/internet guna sahaja Yahoo Messenger(YM) untuk hantar mesej ke nombor rangkaian mana-manapun.Tak ada loading,cepat sahaja sampai siap keluar nama YM.
Selain YM,Skype pun boleh,kalau nak 'berdating' dalam alam maya.Tak payah nak 3G,tiga dalam satu,siap boleh tulis mesej sambil berbual dalam video call.

Kalau tak reti membaca mesej,bercakap,kalau tak reti bercakap,bisu atau pekak,boleh instant messaging/chat sambil pandang muka.Kalau buta,boleh dengar suara je la.

Sekurang-kurangnya,tidak ada la nak selalu membazir 'gayut lama-lama',cakap bukan-bukan,berbual kosong dan merapu-rapu.Dan pastinya tak kan wujud orang yang mebalas mesej dengan perkataan "Ok/Yela/Oh/K" bagi satu SMS yang kita terima.(Makin ramaila yang menaip panjang dan cukupkan 1 page untuk SMS).Saya suka.Tak la membuang masa bagi yang menunggu mesej,membuang kredit begitu sahaja.Tak la membuang air liur atau "aaaaaaa" ketika berbual.

Masa akan termanfaat,mesej dan call bila perlu seterusnya tanggungjawab kita terhadap diri sendiri,keluarga,agama dan negara dapat dijalankan tanpa berlengah lagi.=)
Biar rumit asalkan tak banyak guna duit.
Biar susah asalkan bagi faedah.

=)

Thursday, September 8, 2011

Perancangan masa senggang

Assalamualaikum.Untungla sesiapa yang dah bekerja,ataupun ada aktiviti rutin setiap kali cuti semester.Tak perlu nak merancang banyak sebab semuanya sudah terancang.haha.Sejak terkena dengan mak tadi,cakap aku belum matang lagi,rasanya elok kalau aku rancang sesuatu aktiviti yang matang.

1)Jumpa kawan lama

Ni aktiviti yang selalu dilakukan ketika cuti. Jumpa kawan lama,pasti banyak cerita yang ingin disampaikan,perkembangan terbaru masing-masing.Kalau perkembangan baik,seronok nak cerita,tapi kalau perkembangan buruk,luluh perasaan.Kawan-kawan semakin lama,semakin ramai yang pergi dan sakit.Ada peluang ketika bercuti,jumpala kawan-kawan lama yang sudah lama tak dijenguk.


2)Bercuti

Aktiviti paling menyeronokkan.Berjalan-jalan ke sana sini.Kalau oversea,setakat Thailand je la aku pernah pergi.Kalau nak melancong ke oversea,aku orang pertama kena tahan kat airport(PTPTN tak bayar,hehe).Bercuti ni satu proses pembelajaran juga.Kita belajar budaya tempat orang dari makanan sampaila sistem masyarakat tu.Aku syorkan penerbangan ke Langkawi sebagai percutian pertama anda.Kedua,ke Terengganu.Berpatutan!Puas hati!Memang dapat menenangkan fikiran dan akan jumpa apa yang tidak ada dalam negeri-negeri dan tempat lain.Lagipun,banyak pakej-pakej percutian ditawarkan di laman sosial Facebook dan laman sesawang yang lain.
Tunggu apa lagi???


3)Function

Kalau ada bakat muzik atau bakat apapun yang mendapat undangan ketika cuti-cuti panjang ni,pasti boleh mengisi masa lapang anda.Contohnya jadi DJ pun boleh,M.C ke dan banyak lagi.Kerja ketika di masa lapang.Hasil memang lumayan dengan keringat yang tak seberapa kerana perniagaan ini merupakan penjualan bakat.Selalu tengok ada budak-budak universiti main function orang kahwin,diorang cuti semester la tu.Kalau rasa tak boleh nak bekerja berdepan orang,kerja lah belakang tabir.


4)Bisnes

Kita meniaga lah semasa cuti panjang ni.Perniagaan apapun boleh.Jual produk ke,nasi lemak ke,pisang goreng ke mahupun jual suara/bakat ataupun jual lagu.Sekarangkan hangat dengan bisnes Score A,jual produk pendidikan.Jual pakaian macam t-shirt band,jersey.
Semuanya boleh dan insyaAllah ada pembeli untuk semua yang halal dijual(benda harampun ramai je yang beli).Belajar ilmu meniaga secara informalpun boleh.Zaman sekarang pendapatan paling lumayan ialah dari perniagaan.Pecahan majoriti untuk rezeki.
Ermm...nak jual lagu dengan bakat,rasa-rasanya boleh hidup tak?haha!


5)Tidur,makan,tengok TV(berulang-ulang)

Tipulah kalau tak pernah melakukan aktiviti ini ketika cuti semester.Akupun pernah,memang aktiviti paling seronok sebab selalu pergi kelas pagi,datang lambat 5minit,lecturer dah kunci pintu/suruh berdiri kat depan.Kadang-kadang,rasa terseksa nak pergi kelas pagi sampai selalu ponteng.Bila balik rumah,memang balas dendam la.Nak rehat puas-puas sebelum masuk semester baru.Bawa azam baru untuk semester baru lagi bagus daripada bawa penyakit selepas 'berehat' tu.Rehat,rehat juga tapi kesihatan jaga tau.hehe


6)Jumpa mata air


"Oh,ini rupanya kerja kau balik cuti ni"
Haha.Selalu berlaku kalau pakwe/makwe belajar diluar negara,belajar jauh dari pasangan masing-masing,memang tak dapat jumpa lah.Bila cuti ni,nak dating puas-puas.Habiskan beberapa bahagian masa untuk balak/awek yang sudah lama tak jumpa.Makan-makan,jalan-jalan,borak-borak.Nak tatap puas-puas wajah si dia.Kalau buka facebook,mesti ada gambar couple ni masa cuti semester ni.Sesiapapunlah yang bercinta pasti buat aktiviti ini ketika cuti semester.
Tak apa,zaman sekarang ada internet,skype-ing je la bila lapang kalau berjauhan tu.

Kesimpulannya, mesti ada yang berat nak meninggalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bila buka semester baru walaupun ada yang berkobar-kobar.Walau apapun perancangan aktiviti,jangan lupa peperiksaan.
Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menjawab untuk semua yang mengambil SPM,STPM,final exam serta selamat bergraduan untuk pelajar semester terakhir.

Do your best!Good luck!=)

Tips tidur awal dan gemukkan badan

Assalamualaikum.Mungkin semua sudah tahu cara-cara nak tidur awal bagi yang mengidap penyakit insomnia ataupun kesukaran untuk tidur.Di sini aku kongsikan beberapa cara untuk tidur awal.

*Elakkan minuman yang berkafein seperti kopi mahupun teh.
*Jadikan bilik anda kondusif untuk tidur.
*Berlatih teknik-teknik untuk menenangkan diri/relaks seperti meditasi.
*ikut rutin biasa
*Elakkan makan banyak atau makan makanan berempah/berasid/banyak kandungan gula hampir dengan waktu tidur.
*Jangan bersenam hampir dengan waktu tidur.
*Elakkan cat-naps ketika siang.(tidur siang)

Seterusnya tips untuk gemukkan badan walaupun penulis entri ni masih tak gemuk-gemuk.Mungkin faktor metabolisme kot.haha.Apa-apapun,mari kita cuba langkah ini.

*makan dengan betul melalui pemilihan makanan.Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
*makan banyak
*makan makanan yang banyak protein seperti telur ayam,ayam dan ikan.Kekacangpun bagus juga.
*Makan makanan yang mempunyai lemak yang baik seperti ikan salmon.
*minum minuman yang bagus seperti susu kocak.
*Bersnek dengan bijak dengan memakan buah-buahan kering seperti buah tin,kismis dan kurma bukannya asam atau jeruk sebagai snek.
*amalkan makan supplemen iaitu sebagai sumber tenaga tambahan seperti vitamin C,appeton.
*Pastikan tidur anda pada malam hari ialah tidur yang nyenysk dan menyihatkan.

Kata kunci:Makan
Itu selalunya nasihat daripada pakar kesihatan untuk menggemukkan badan.

di ambil daripada majalah Health Today

Stress,seringkali dikaitkan dengan dua masalah ini.Apa-apapun,selamat berblog dan janganlah asyik tulis entri marah-marah orang dalam blog,itu pun boleh menyebabkan stres dan penyalahgunaan media.hehe...

Thursday, September 1, 2011

Selamat Tinggal

Assalamualaikum.

Selamat pagi.Entri ini adalah ucapan selamat tinggal saya.Selamat tinggal untuk Port Dickson,kerana Disember ini saya dan keluarga akan berpindah ke rumah abang saya di Bandar Sendayan,Seremban.Saya ucapkan awal-awal,risau tak sempat nanti,ralat pula.Selepas ini,saya agak sibuk dengan STPM.

Selamat tinggal untuk Bandar Sunggala,tempat saya dilahirkan dan dibesarkan.Pahit manis,saat suka duka banyak di Bandar Sunggala.Kenangan dengan rakan karib,Allahyarham Amri semasa darjah 3 ketika bermain di rumahnya,kenangan dengan Allahyarham Niza ketika melepak bermain gitar di rumah Boy semasa bersekolah menengah tak akan mudah saya lupakan.Juga kenangan cinta pertama semasa kanak-kanak yang terpendam hingga kini.

Tak lupa pada kawan-kawan semasa zaman 'nakal' di Port Dickson,aku akan merindui korang.Nanti kita lepak sama-sama,bila aku free.Semua kawan semasa saya belajar di SMK Kampung Baru dan SK Si Rusa tetap akan saya ingat kalian.Walaupun saya pindah dekat sahaja lokasinya dengan Port Dickson,tapi terasa jauhnya bila tinggalkan tempat bermulanya kenangan kita.

Lipas(yang suka kacau ketika saya tidur) ,cencorot(yang suka kacau ketika saya blogging), tikus, lipan(yang suka kacau ketika saya mandi), semut,
lalat(yang suka kacau saya semasa saya makan dan tidur siang),terima kasih untuk setiap memori yang mencuit hati.Jaga diri nanti,jaga rumah ni.Hehe.
p/s:Cencorot dan tikus,kalau kucing nak beranak kat tempat kasut tu,korang stay la kejap kat tempat lain.

Selamat tinggal untuk "kenangan paling pahit di sini",saya akan mulakan diari kehidupan yang baru di sana.Selamat tinggal kepada yang tak terang-terangan menyebelahi saya semasa Tragedi Mei dalam laman sosial.Maaf kalau saya menjauhkan diri.Selamat tinggal juga 'Pulau Julai.'

Selamat tinggal Lye Liang.Saya dah tak 'dapat' nak jamming lagi.Haha."tara stick boleh balik la...!"
I'll keep on holding those words.

Selamat tinggal jalur lebar Celcom.Perkhidmatan akan ditamatkan dalam bulan November.Saya akan jarang mengemaskini blog dan akaun Facebook saya.Selamat tinggal status makanan Cik Fareena,mesti saya amat merindukannya.Selamat tinggal status jiwang Cik Farisha.Jangan asyik deactivate akaun &block sesiapapun lagi ya.Haha.

*Hanya video-video lagu yang akan terus dikemaskini kerana pengurus kumpulan kami agak sibuk.

Tak dapat juga nak tonton video Mat Luthfi dan Anwar Hadi yang terbaru nanti.Tak dapat nak download lagu dan album penuh band-band kegemaran dari fank.ru
Tak dapat nak baca wikipedia.Tak dapat nak update anti virus Kaspersky(expired gak nanti).

Selamat tinggal.T_T