Saturday, September 24, 2011

Tips mencipta lagu

Assalamualaikum.
Aku nak cerita bagaimana lagu-lagu yang sedap didengar di radio,dicipta.Aku teringin nak kongsikan beberapa cara aku menulis lagu selama empat tahun menjadi penulis lagu dan komposer dalam arena D.I.Y Label walaupun baru 7 buah lagu kerana kesibukan masa.Aku sudah berjinak menulis lirik sejak Tingkatan 1,minat mencipta pantun telah membawa aku untuk menulis lirik.


Proses penciptaan lagu selalu komposer akan gunakan beberapa alat muzik yang lazim untuk penciptaan lagu.Piano,keyboard dan gitar antara instrumen utama untuk mencipta lagu.Mereka mungkin akan merakamkan melodi yang dicipta,kalau yang pandai tulis skor,mereka akan merekodkannya dengan menulis skor lagu tersebut.Kalau aku,dengar gitar,aku akan rekodkan melodi dan not semuanya aku simpan dalam otak.Bila dah rakam,baru aku tulis supaya aku tak perlu nak padam-padam banyak kali sebab improvisation akan datang dalam ilham kita bila-bila masa sahaja.


Melodi tu selalunya datang dari jiwa.Kalau jiwa sedih,melodi pasti mendayu-dayu.Bergantung pada situasi atau peristiwa yang korang fikirkan semasa tu.Kalau jiwa marah,melodi memang 'kejam' la.Tapi sesebuah melodi takkan berjaya menarik pendengar jika lirik yang ditulis merapu-rapu kecuali kalau melodi tu untuk lagu instrumental.


Nak hasilkan sebuah lirik yang 'masuk akal' mudah sahaja.Cerita kan dengan jujur,apa yang berlaku dulu terutama perkara yang bold dalam fikiran anda sewaktu menulis tu.Ceritakan dari mula sehinggalah kesimpulannya/penghujung cerita.Menulis lirik ni macam menulis karangan juga,cuma tak terikat dengan hukum tatabahasa(grammar).Itu yang aku belajar ketika di universiti dulu dalam subjek BEL(English).


Yang menguatkan lirik tersebut ialah plot cerita,penceritaan dan gaya bahasa kita.Lirik yang bagus selalunya mempunyai gaya bahasa yang menarik,bahasa yang puitis dan jalan cerita yang jelas.Kalau orang faham cerita kita,barulah orang suka dengan karya kita.Nasihat aku,biarlah rima lirik anda abab/aabb/aaaa.Sebagai beginner,empat baris untuk rangkap berserta tidak lebih 6-7perkataan untuk satu baris.Hal ini akan memudahkan korang untuk mencipta melodi untuk lirik tersebut.


Ada dua cara yang digunakan untuk penciptaan penuh sebuah lagu yang aku gunakan.
1.Tulis lirik kemudian lagukan.
2.Cipta melodi kemudian masukkan lirik.


Cara (1) tu selalunya akan menjadikan lagu korang lebih mudah diaplikasikan berbanding cara (2).Dua-dua cara aku gunakan dan dua-dua cara dapat menghasilkan sebuah lagu yang sedap didengar.


Cuma jangan menulis lirik dengan melakukan pengulangan kosa kata yang sama seakan tak ada idea.Membosankan jika dibaca bila melodi korang tidak cukup kuat.


Pendengar berbeza,ada yang suka dengar muzik sebuah lagu,ada yang suka dengar melodi,ada yang suka dengan lirik lagu tersebut.Pandai-pandailah korang usahakan untuk aspek kekuatan lagu korang.
Untuk dapatkan ilham menulis lirik/lagu,gunakanlah dengan cara yang korang selesa.Tak perlu nak tension-tension.Pergi ke tempat yang tenang ke,bersendirian ke,dengar lagu yang korang minat ke atau apa-apapun yang penting korang tak tulis lagu yang 'kosong','kabur' dan 'over'.Bagi aku,lirik/lagu berunsur ketuhanan paling susah nak tulis.Paling sekejap aku cipta lagu dalam kurang sejam sahaja,paling lama tak sampai tiga hari tu pun sebab nak dapatkan ilham.Ilham tu datang skjp je,kalau tak rakam,hilang macam tu je.Kualiti melodi bukan bergantung pada sekejap atau lama dihasilkan,tapi kreativiti korang untuk membentuk melodi tersebut yang Allah ilhamkan pada korang.


Kesimpulannya,bila datang je ilham,terus je rekod.Sebab ilham ni susah nak datang tapi senang nak pergi.Apa-apapun,semoga berjaya untuk pengkarya-pengkarya sekalian!


Macam mana ye Karl Cromok boleh cipta lagu instrumental yang sangat best,Another You, selama 2tahun?

2 comments:

Keyboard Pecah said...

salam bro tq kerana memberi perkongsiaan ilmu

Anonymous said...

Boleh lah ciptakan satu lagu untuk saya... hehe... ^_^