Monday, October 3, 2011

Pengkritik hebat > Orang hebat

Assalamualaikum.

Majoriti dalam masyarakat kita merupakan pengkritik yang hebat.Semua orang ingin menjadi pengkritik yang hebat sehingga terlupa untuk menjadi orang yang hebat.

Contohnya pengkritik sukan yang hebat mengalahkan pemain.Cuba lepak dengan kawan-kawan kaki bola,tengok diorang kritik masa cerita pasal bola.Memang profesional.
"Torres bagus kat Liverpool je,bila masuk Chelsea,tak ada perubahanpun"
"Gol hatrik tu semalam."

Pengkritik nyanyian yang hebat mengalahkan penyanyi.Cuba dengar kritikan semasa program mentor dalam TV.Macam-macam komen.
"Pitching dia lari la masa last part tu."
"Key dia tak masukla"

Kalau reti main bola,reti menyanyi kira dimaafkan kalau nak kritik.Ni sekali suruh main bola,menyanyi,mengelat(entah-entah tak tahu langsung).Nak jadi pengkritik yang hebat,kena jadi orang yang hebat dulu.

Kalau bab mengkritik no.1,bila suruh buat,tak seperti yang diharapkan.Hidup ni bukan untuk jadi pengkritik tapi lebih menjurus ke arah penasihat kepada yang lain.

Kalau semua nak hebat sebagai pengkritik,asah bakat di depan TV,kedai-kedai makan,siapa yang nak jadi orang yang hebat?Berlatih setiap hari bukan guna teori sahaja terutamanya bidang sukan.
Tak kan nak lihat suatu hari nanti ramai orang kita dijemput sebagai pengkritik sukan dalam temasya dunia,tapi bukannya sebagai pemain.

2 comments:

ayuyuuu :) said...

Nak jadi pengkritik yang hebat,kena jadi orang yang hebat dulu.


sokong ayat di atas.
betul
jangan suka2 hati je mengkritik tanpa kte sndri faham dan tahu maksud dan erti sesuatu benda tuu :)

Shafiq Din said...

btul tu ayu..kalau x nanti,akan trlihat kelemahan kita...kritikan tu dh jd mrapu2,xberasas..=)