Thursday, October 6, 2011

Makan-makan Negeri Sembilan

Assalamualaikum.

Hari ni cerita tentang beberapa kedai makan pulak di Negeri Sembilan.Ini sekadar pendapat dan pilihan terbaik aku untuk dikongsikan buat kawan-kawan.=)

Kopitiam Ah Meng Kuala Pilah
Perjalanan pulang ke kampung,memang tak sah kalau tak singgah minum pagi di Kedai Ah Soon(kini diurus oleh anaknya,Ah Meng).Lokasinya di Parit,Kuala Pilah.Komersialnya dikenali sebagai Kopitiam Ah Meng.Roti kahwin,roti bakar,roti kukus+kaya home made nya,mi hailam(semasa Ah Lek masih hidup),teh kaw,cham,mi kari,nasi lemak merupakan menu pilihan sesiapa sahaja yang singgah di warung tersebut.Sering menjadi port lepak pagi2 bagi otai2 dan orang2 muda yang inginkan suasana klasik.




Sejak kecil,aku memang lepak di sini dengan family atau sedara(dekat sangat dengan kampung aku,jalan kaki je).Cina,Melayu,India sama-sama lepak dalam kedai ni.Berbual dalam loghat Negeri Sembilan ataupun bahasa basahan,itu sudah menjadi kebiasaan.
Pilihan menu aku bila minum pagi di sini,sudah pasti roti dengan kayanya(kukus/bakar/kahwin),mi hailam(dulu),teh kaw,mi kari.Masyuk...

Amat sesuai untuk sarapan pagi,minum petang.Dibuka pagi seawal pukul 7pagi,hingga petang.Rabu Minggu ketiga je tutup.Siapa pergi Kuala Pilah,tak singgah kedai ni,rugi beb!

Cendol Kuala Pilah

Cendol Kuala Pilah,siapa tak kenal,amat popular di Kuala Pilah.Kesedapan cendol terasa dengan gula enau yang digunakan.Terletak di lot kedai di Perhentian Bas Kuala Pilah,sering menjadi tempat persinggahan orang yang inginkan rasa cendol yang sebenar.


Inilah kedainya..hehe...Orang sering salah faham,Cendol Kuala Pilah yang digembar-gemburkan terletak di pasar yang dekat dengan Kedai Mi Sungai Dua,mi Berahim.walhal sebenarnya terletak di Perhentian bas Kuala Pilah.Yang di pasar tu kedai cendol lain,(jangan marah kalau tak sedap,tu kedai lain).haha.Selidik dulu dengan otai-otai Kuala Pilah.Saya suka makan Cendol pulut semasa datang ke sini.Kekuatan cendol ni terletak pada kemanisan gula enau.Sedap!


p/s:Jangan datang lewat petang atau malam,cendol dah habis dah masa tu.haha.Better masa panas-panas tengah hari tu.

Kuey Teow Goreng Chok di Kuala Pilah

Kuey Teow goreng yang paling sedap pernah aku makan,di warung ni la.Melayu sangat ramai,sampai kadang-kadang ramai tak dapat duduk.Banyak tempat duduk,tapi dah penuh.Melayu,Cina,India semua ada kat sini.Paling ramai,orang Melayu la.Dari PD,Seremban dan jauh-jauhpun ada semata-mata nak makan kuey teow.

Kuey teow goreng dengan harga RM3.30(kalau tak nak telur mata),mempunyai resepi dan cara masak tersendiri.Sama seperti cara kedai kopi Ah Meng bakar roti,menggunakan dapur arang,kuey teow resepi turun temurun ini juga menggunakan arang.Aroma menusuk,dengan campuran seperti sos tapi tidak dapat dikenal pasti kicap apakah itu(dirahsiakannya).Hanya bermodalkan kerang,taugeh cukup membuatkan sesiapa sahaja akan makan lebih dari sepinggan.

Terletak di Jalan Kuala Pilah-Seremban(berhadapan Pilah Perdana),merupakan lokasi yang terbaik untuk penggemar kuey teow.Menurut ayah aku,resepi Kuey Teow ni diperoleh dari ayahnya yang merupakan peniaga keuy teow juga masa dulu.Tapi masa tu,kedai ayah dia yang terletak di lokasi lain(asal)bagi air teh o panas satu cerek free.Dibuka pada setiap hari kecuali Rabu.Dari pukul 5petang hingga kuey teow habis.

Cendol Leman Dawi

Cendol+santan,air gula(botol merah),ais(bekas biru).


Siapa tak kenal Warung Cendol Leman Dawi yang terletak di Jalan Sungai Gadut,Seremban?Popular satu Malaysia.Salah satu banner yang saya paling ingat "Leman Dawi Ta' main politik".
Pengunjung yang datang akan dialu-alukan oleh Pak Cik Leman Dawi yang merupakan bekas MP.Cendol berharga RM1-RM2.Bayaran hanya untuk cendol pertama/bungkus,selepas tu,tambahla berapa banyak yang korang nak,sampai la korang tak larat nak tambah.Setiap meja ada cendol tambah.Air barli juga disediakan percuma untuk pelanggan.Boleh bungkus secara percuma.


Walaupun Cendol Leman Dawi dari segi rasa tidak dapat menandingi Cendol Kuala Pilah,namun tetap dalam sedap cendol resepi beliau,sampai tambah-tambahla.Mungkin tak dapat tandingi Cendol K.P sebab tidak menggunakan gula enau.Perniagaan Cendol Leman Dawi bermula dengan hanya menggunakan lori,kemudian barulah menggunakan premis tetap di Seremban.

Keistimewaan paling ketara ialah,Pak Cik Leman.Dia bertanya pada kami "Dari mana?",abang akupun cakapla "Dari Port Dickson".Pak Cik Leman pun bercerita "Port Dickson,dengan keluasan 572.63 km persegi,bermula dari Pengkalan Kempas.Kini dikenali sebagai Bandar Tentera Darat".Memang terer pak cik ni.Sebelum tu,dia cerita pasal Durian Pauh kat pengunjung yang lain.Sungai Perak dan macam-macam lagi.Kalau tak bercerita tentang fakta ilmu alam/sejarah, Pak Cik Leman akan bercakap macam bait-bait puisi je dengan rima aaaa.Semuanya dilakukan secara spontan!Tanpa buku,tanpa ada apa-apapun ditangan.Awesome beb!

Kalau orang yang pakai pakaian seragam unit beruniform,Pak Cik Leman akan greet "Selamat Datang perwira negara."
Kemudian,beliau akan suruh bini dia layan pelanggan yang digelar dengan perwira negara itu baik-baik.Bagi aku,Pak Cik Leman sangat terbaik dalam melayan pelanggan-pelanggannya.Itu kelebihan utama bila makan di warung beliau.

Ni cendol yang aku makan,cendol jagung.Larat tambah semangkuk je cendol tambah.Adik aku terer,sampai empat mangkuk cendol tambah.

Kalau berada di Negeri Sembilan,jangan lupa singgah di premis-premis makanan yang aku cakap ni!=D

3 comments:

cik buku said...

pernah pergi ke cendol leman dawi ;)

Shafiq Din said...

best kan makan kat situ?=)

sewahomestaymurah said...

penat bercuti nak cari homestay berdekatan kuala pilah..bolehlah layari blog saya