Sunday, May 8, 2011

Segarla sangat...manis, cuba amati, pahit teramat, rasa nak mati, Gamat? (overdose)

Bila baca entri blogger-blogger muda yang baru dapat keputusan UPU,teringat lagi kenangan aku dapat keputusan UPU.Tak gembira langsung sebenarnya.Sebabnya, abang aku yang apply, pilih,isi borang tu untuk aku.Masa tu,aku di PLKN PDS,kumpulan 1,mestila ramai budak SBP,SBPI,MRSM yang bijak-bijak tentang further studies ni.Mereka bagi penjelasan,pendapat.Penjelasan abang aku agak kabur ketika aku suruh dia apply bidang undang-undang.Dia cakap dia check,aku punya BI tak lepas untuk UM.Aku pelik la,takkan la jurusan undang-undang hanya ada di UM.Bila aku balik,aku check syarat kelayakan bidang undang-undang melalui SPM,aku layak untuk Asasi Undang-Undang UiTM,tapi hurm...Dah dia hantar dah borang tu.Habis semua di UiTM,diploma je.
Matrikulasi,I P G,haram dia tak minta.Aku rasa nak bunuh diri je masa tu.Aku nekad tak nak pergi kalau dapat course di UiTM.

Aku tanya kawan baik aku,Black tentang matrik,dia cakap rayuan je buka,permohonan dah ditutup..hampa gila..IPGpun sama juga.Aku sedih tahap gila."Kenapa kau tak apply Foundation In Law UiTM,dekat je dengan tempat aku(PASUM),rayuan la,boleh kita lepak sama-sama",kata Black.
Hancur juga harapan aku nak sambung dalam bidang undang-undang.Abang aku mungkin tak faham istilah Asasi tu apa.Dia hanya tahu Diploma untuk further studies guna SPM.Akhirnya,aku dapat juga Diploma Perakaunan di UiTM Machang pada mulanya,kemudian abang aku tukarkan aku ke UiTM Segamat.Pada mulanya,aku tak nak pergi,menyampah,frust gila kenapa tak apply benda lain supaya senang aku buat pilihan.Ni dah macam terdesak.Lagipun,abang aku dah bersusah payah tukarkan aku ke UiTM Segamat.
Kemudian,selamat ada Wan dapat UiTM Segamat jurusan Sains Komputer.Din pula,dapat sama jurusan dengan aku,sama tempat,bila aku sampai Segamat,dia cakap dia daftar kat Lendu,ayah dia tukarkan.Bengang gila aku.Tapi tak apa,Wan ada.

 Sampai sekarang,bila aku ingat balik semua ini,aku kecewa dengan tindakan aku,biarkan abang aku pilih bidang,isi borang UPU walaupun aku sebenarnya memang tak ada masapun nak isi borang online tu.Kat PDS tu,berapa ramai pula yang isi borang UPU.Memang lama nak tunggu giliran.
Hampir musnahkan masa depan aku,sebenarnya.Perakaunan tu bidang yang tak pernah aku publish,aku minat.Sumpah,sedih,terlukanya hati aku dengan apa yang berlaku tu sampai sekarang,tapi aku tak salahkan sesiapapun sebab abang aku tak tahu benda-benda macam ini dan entahla.Takdir...Aku rasa nak menangis je bila taip balik cerita ni.Hilang awek,tak sesedih hilang impian dan masa depan.

Atas sebab aku tetap nak balik impian aku yang seakan punah,aku keras kepala,nak berhenti UiTM.Aku bagi alasan bosan,tak minat,lama sangat belajar diploma.Puas aku nak gagalkan tapi lulus pula untuk ke semester seterusnya.
Aku tekad nak masuk Tingkatan Enam Rendah,ambil jurusan yang terarah ke jurusan undang-undang.Bila rayuan ke Tingkatan Enam Rendah di JPNS  berjaya,akupun pilih kelas yang ada senarai subjek untuk ke bidang undang-undang seperti Sejarah,Pengajian Am,Bahasa Melayu.MUET,aku cuba untuk capai yang terbaik,lepaskan tahap 4 tu.Hidup mati,aku kena usaha juga untuk capai impian aku.Biarla berhabis wang ringgit,hutang piutang,dikritik secara negatif sebab berhenti UiTM,impian tetap impian.Aku rela mati daripada menangis seumur hidup menyesal sebab tak dapat capai impian.Impian hanya tak tercapai jika Tuhan takdirkan rezeki aku bukan untuk bidang undang-undang.

*Kepada adik-adik yang tak dapat masuk U@IPTA,tak payah la bersedih.Masuk je Tingkatan Enam, mungkin rezeki adik-adik sangat cerah di Tingkatan Enam.=)

Sekian.(Puas hati aku,puas hati aku,puas hati aku)

3 comments:

pirate queen said...

betul2. sangat setuju. hmm

Ayuu said...

ini mmg bg semngt gila :)
gudluck btw in your further studies :)

Shafiq Din said...

Thanks ayu...=)