Friday, December 31, 2010

Segarla sangat...manis,cuba amati,pahit teramat,rasa nak mati,Gamat?

"Terdetik untuk menulis sesuatu pada pagi hening ini,bicara jiwa duka tatkala pengajian akan bermula,menjelang tiba lusa"
Setahun yang lalu...

Gembira juga dalam perjalanan menuju ke kampus setelah dipujuk kali kedua oleh ibu untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang aku sudah mulai tidak suka.Puas aku usahakan untuk gagal,tapi masih lepas,layak untuk meneruskan pengajian.Aku menangis juga selepas mendapat keputusan peperiksaan semester lepas.Mengapa lepas?Cukup makan?dua subjek gagal?Tak dapat kolej(kena buat rayuan)?
Aku sorotkan kembali seminggu sebelum aku mendapat tawaran ke uitm segamat:
Along:Kau kalau tak nak,cakap awal-awal,sebelum aku bayar yuran.
Aku:Kenapa kau minta course semua di uitm?semua diploma?kenapa tak minta maktab?asasi undang-undang di uitm?kenapa tak minta matrik(kecewa)
Along:Kau tak cakap awal-awal.
Aku:Aku kan kat PLKN masa tu.tak tau plak kau apply kan semuanya diploma kat uitm.
Mak:Poie jo pit.dah takdo pilihan lain laie.dah lambek dah nak minta matrik,maktab tu semuo.
Aku:Yela,aku confirm pergi untuk diploma akaun tu.(terpaksa)

Maka,aku pun mula menapakkan kaki further study di UiTM Segamat.Pada mulanya,semangat juga untuk skor dalam bidang yang aku minat juga ni,tapi bila MMS(Minggu Mendera Siswa) tu,aku memang memberontak,makan tak sempat hadam,kena berlari,dah la tak bagi pisang,betik,sakit perut kot.Makan 5minit,then kena berlari.PLKN pun tak macam tu.Demi family,aku bertahan.Masuk kolej je,senior masuk,kena orientasi tak rasmi dengan diorang.Menari la,menyanyi bagai,meeting wing,kena tidur lewat.Tak pernah aku amal tidur lewat.Tidur awal,study pagi-pagi buta la kan.ni orientasi sampai 4 pagi.Persepsi aku mula berubah terhadap UiTM especially UiTM Segamat yang Along aku cakap bagus.

Bila sudah berubah persepsi,persepsi belajarpun berubahla.Aku mulai malas belajar.Aku nak tidur awalpun,diorang ajak tidur lewat.Nasib baik senior,aku hormat la kan.Sekarang aku dah tak boleh tidur awal,sedih sangat-sangat mengapa ini yang aku bawa dari UiTM Segamat?Aku cuba untuk kembalikan cara belajar pagi-pagi buta aku yang dulu.Aku memang anti belajar malam.Malam tidurla awal-awal.untuk qiam pagi-pagi tu,then tahajjud,hajat,study.

Berbalik kepada coretan di segamat yang sebenarnya gurisan,selepas nak belajarpun dah tak minat,aku usulkan hasrat aku kepada abah.Aku telefon abah selepas aku rasa tak tahan belajar kat situ:
Aku:Assalamualaikum
Abah:Waalaikummussalam.
Aku:Bah,Apit rasa dah tak boleh nak belajar kat sini lagi.Rasa nak berhenti la.Nak sambung form 6.
Abah:Kalau kau rasa nak walkover, walkover la.Rasa tak boleh go through,quit je la.Kau ni will tak de.
         orang lain boleh go through,tak kan kau tak boleh.
Aku:Orang dah la tak biasa tidur lewat,tak pernah duduk asrama,kena orientasi lagi dengan senior tu semua.
Abah:Kau kena sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Aku:Tempat ni tak best la.ulu sangat,tak boleh itu,ini..bla..bla..bla..
Abah:Kau datang sana nak belajar kan?So,belajarla.Struggle betul-betul.
Aku:tak tau la.

Akupun,teruskan je la,selepas abah pujuk,bagi semangat.Tapi selepas aku mengamuk dengan pensyarah akaun aku,disebabkan dia tak faham aku bangun dan datang lewat kerana disoal siasat sebagai saksi oleh senior atas kes kecurian sampai 4pagi,dia cakap kerek,then suruh aku berdiri kat depan sebab tak dapat jawab soalan dia,masa depan aku dalam akaun makin merudum.Bayangkan subjek akaun yang aku hustler during secondary dulu,aku boleh gagal.Sabotaj atau memang aku yang gagalkan?

Sebenarnya dah banyak kali aku menelefon,abah,mak,aku cakap nak berhenti dari awal Part 1 sampai pertengahan Part 2 yang akhirnya aku berjaya berhenti dari UiTM,Aku menggarapkan usaha hanya pada tingkatan Enam yang sudah lama aku hendakkan,tapi keluarga tak bagi sebab bidang tak tentu,arahnya tak tentu.Diorang menentang hasrat aku yang ingin menyambung bidang sastera pada pemilihan untuk further studies aku.Aku diberi pilihan sama ada diploma akaun,undang-undang,pentadbiran awam.Asasi?Keluarga aku tak tahupun asasi tu apa,jadi,tak da lah asasi tu.semua diploma.kononnya ada masa depan dalam pekerjaan.


SELAMAT TINGGAL PERAKAUNAN...
                                          

Best jadi budak Form 6

Mana ada belajar der,melepak je banyak
Lepak kat luar sekolah pun tak da hal la.
Apa-apapun,sekarang aku berjaya berada dalam tingkatan enam,atas desakan sebagai pilihan aku sendiri.Walaupun bermula dari tingkatan enam rendah bersama kawan-kawan yang muda setahun,Aku akan tanggung risiko ini,dalam jurusan yang berkaitan dengan undang-undang,sains politik, dan cabang sastera yang lain.Orang cakap pilihan keluarga tu tepat,kita akan berjaya,tapi aku dah tak da perasaan dengan angka,dengan perakaunan,dengan nama diploma tu,nak buat macam mana?tak kan nak paksa lagi?Aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat untuk meninggalkan UiTM dan kembali menyarung baju sekolah.(sebenarnya menyesal juga)
Aku tak menyesal dengar perhimpunan di sekolah(selalu datang pukul 8.30pagi setiap Isnin skip perhimpunan),datang ke sekolah(muka selalu datang lewat dan dibebel),ikut peraturan sekolah(selalu ikut kepala sendiri dan memberontak).

Semoga coretan pahit yang aku telan ni,yang dah nyahtinja pun,menjadi peringatan kepada kita.Jangan jadi orang yang tak berpendirian tetap.Nanti jadi macam aku,baru nak menyesal.

Doakan aku berjaya dalam STPM tahun ini,doakan aku berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang yang aku hajati.Semoga Allah memberkati anda yang sentiasa memberi sokongan terhadapku dalam bidang ilmu dan sepanjang jatuh bangun di UiTM Segamat sehinggalah sebagai calon STPM sekarang.Terima kasih.Salam Ukhuwah.

4 comments:

chacha said...

salam syafiq....
chacha doakan smga awk sukses dalam stpm...dulu chacha cam awak gak...dapat U after f5 tapi x sambung sbb rase f6 lagi better. then dapat masuk U skali lagi after f6.. sukew! gud luck yer!! ^_^

Shafiq Din said...

wasalam chacha.thanks for the support&comment.bgs jga chacha xsambung.sy trsambung then trpaksa patah balik utk betulkan langkah sumbang tu.rezeki masing2kn.Good luck to u too..

wawa31 said...

gud2.. macam kenal jelah pic lepak kt lua n kat dalam DEWAN tu..hahahaha

Shafiq Din said...

kui3...penciluk terhebat..