Monday, February 4, 2013

Kalah Membeli, Menang Memakai


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,Walaupun tiada pembaca, aku tetap akan menulis sehingga aku terdaya.
Terima kasih kepada yang memberi sokongan.
Aku akan terus memberi pendapat-pendapat yang membantu.

Aku ingin memberi sedikit pandangan kepada mereka yang amalkan budaya "Biar papa, asal bergaya" di IPT.

Disebabkan terlalu mengikut kawan-kawan, trend zaman ini dari fesyen, gadget sehinggalah makanan,
habis duit JPA,PTPTN, MARA diserakkan tanpa hala tuju;hujung semester alamatnya makan batu.

Apakah terlalu hina memakai pakaian murah/celup?Barangan pasar malam?Gadget kuno yang second hand?Barangan terpakai?Makan di gerai tepi jalan?

Tidak sama sekali.

Dari pengalaman aku, seperti diketahui aku ni suka beli kasut murah, di kedai kasut longgok yang rejected, harganya pasti bawah RM30.
Tetapi ketika memakainya di kampus,mereka kata kasut aku mahal, puji-puji sampai merah muka aku,walaupun aku dah maklumkan harga dan di mana aku beli kasut itu.

Kesimpulan daripada pengalaman aku, orang pandang kecantikan, kemudahan serta manfaat sesuatu benda tu, bukan harganya dan tempat kau beli.

Apa perlu berbelanja mewah untuk sesuatu yang ada lebih murah,malah sangat murah sedangkan fungsinya sama?

Prinsip "wasatiyyah" memang wajib diamalkan di mana-mana anda berada.
Orang lain boleh berjaya dengan handset nokia 3310, pakaian beli kat bundle atau makan di gerai nasi lemak.
Tak perlupun nak beli iphone5, beli pakaian di butik atau makan di Starbucks untuk dapat First Degree.
Tak hilang maruah, tak jatuh harga diri kerana kesederhanaan salah satu prinsip penting dalam Islam supaya anda beringat,  anda bersyukur dan fikirlah ada yang lagi susah dari anda.

Terima kasih.

No comments: