Thursday, December 15, 2011

5 pembakar semangat yang negatif

Assalamualaikum.


Kejayaan,umumnya menjadi matlamat setiap individu dalam melakukan sesuatu.Sama ada kejayaan dalam melakukan perkara positif atau negatif.
Selalunya,pembakar semangat dikaitkan dengan elemen positif seperti dorongan,harapan & kejayaan orang lain.Pada pendapat aku,orang akan lebih bersemangat bila pembakar semangat dari elemen negatif.

Kutukan/Sindiran
Selalu berlaku pada sesiapapun.Mula-mula memang rasa tercabar,kemudian kita akan betah menggunakan fakta-fakta dari pakar motivasi dan mutiara kata namun tak terlawan.Mereka takkan percaya kerana tak ada bukti kita sudah mencapai kejayaan tersebut.Alah bisa tegal biasa,bila kita sudah lali,baru kita dapat tangani dengan matang.Hanya diam dan senyum sudah cukup mematahkan serangan pengutuk.Kunci kejayaan melalui kutukan ialah rasa tercabar,lalu kita buktikan.


Kebencian
Dalam diam,pasti ada perasaan benci.Contohnya,aku tahu apa yang aku benci,siapa yang aku benci,apa yang membenci & siapa yang membenci.Maka,gunakan perasaan itu sebagai pemangkin semangat untuk "membatukan"apa@siapa yang kita benci dan orang-orang yang membenci kita.Orang pertama yang kita ingin tahu reaksi mereka ketika kita berjaya ialah orang yang membenci & mengutuk kita.


Cemburu
Bila orang yang benci kita & kutuk kita berjaya,mesti kita jangka dia berlagak,masa tu kita sebenarnya cemburu.Kerana tak nak ramalan kita tu benar belaka sekali lagi,kita bersemangat untuk berada di tahap tinggi dari orang lain.Orang yang tanya perkembangan kejayaan kita tanpa ucap tahniah,tu la orang yang perlu kita cemburu.


Dipandang rendah/tak diendahkan
Selalu ada individu target dalam sesuatu bidang dan akan ada underdog dalam bidang-bidang tersebut.Individu target lebih popular,ditumpukan&mendapat perhatian serta sokongan ramai.Bila ada yang pandang rendah dengan kita,sampai kita berjaya pun,disifatkan sebagai "nasib",memang kita patut "pangkah" dia.Bila orang memandang rendah dengan kita.masa tu la kita rasa nak buktikan kita bukan seperti yang diperlekeh.Bila kita dah berjaya,baru mata dibuka,baru mereka faham Allah Maha Adil.


Kekecewaan
Akibat terlalu kecewa dengan sesuatu perkara kita terarah untuk melakukan sesuatu yang akan memberi impak dalam hidup untuk mengubah hidup kita kepada yang lebih baik.Hal ini melalui tindakan melupakan apa yang berlaku.Contohnya,putus cinta.kita ingin membuktikan kita boleh berjaya tanpa dia kerana kita ada tuhan.Kepada-Nya kita memohon,bukan kepada dia yang mengecewakan kita.


Life must go on.Bak kata pepatah,no pain no gain.GOOD LUCK!!!!

No comments: