Salam. Sudah lama tidak singgah di blog sendiri.
Baru balik dari melepak dengan kawan-kawan masa PLKN dulu.
Dalam hidup ini, kenangan silam pasti mengusik jiwa.
Tiba-tiba sewaktu berbual, terpacul nama seseorang yang pernah jadi calon bakal isteri masa PLKN
dulu yang telahpun dua tahun berumah tangga.
Teringat sewaktu menciptakan lagu jiwang khas untuk dia, nyanyi sewaktu on call, pernah merancang sampai nak kahwin lari.
Bersusah payahlah dengan mempertahankan hubungan, mencuba berkali-kalipun kalau bukan jodoh, tetap bukan jodoh.
Taklah terasa bodoh, tapi masa silam tetap menjadi pencetus perubahan drastik seseorang.
Tak salah dan tidaklah bersalah jika teringat masa silam.
Secara fantasinya, sangat menyeronokkan seperti dalam drama petang-petang tu.
Cuma watak dan pelakonnya berbeza.
Chill la!
Bahagialah dengan si dia yang ditakdirkan untuk kita.
Simpan kenangan itu dalam diari.
Mungkin suatu hari nanti boleh dijadikan skrip filem/drama cinta yang menarik.
Thursday, December 4, 2014
Tuesday, July 30, 2013
Impian, rezeki dan ketentuan
Tan Sri Isa: UiTM Shah Alam?
(Pertanyaan semasa menyampaikan Anugerah SPM peringkat daerah)
Abah: Jumpa Shafiq kat UiTM Shah Alam nanti.
(Kata-kata semangat kepada kawan aku yang ambil STPM)
Semua itu diungkapkan semasa 5 tahun yang lalu.
Aku cuba lari dari UiTM.Tak nak semua itu jadi kenyataan.
Aku berhenti, minta IPG, masuk Tingkatan Enam untuk sambung ijazah di IPT lain...
Akhirnya aku di UiTM Shah Alam juga akhirnya, kini.
Jauh aku berlari, melarikan diri.
Dari kesilapan teknikal UPU, kronisme dalam permohonan IPG dan waktu yang sangat lama untuk menunggu permohonan UPU yang baru. Aku membuat pilihan terakhir untuk memohon UiTM.
Perjalanan permohonan sangat mudah.
Lupakan impian, bersyukurlah dengan rezeki, terimalah ketentuan-Nya.

Friday, July 26, 2013
Jodoh
Assalamualaikum.
Selamat membaca dan teruskan membaca.Kali ini saya ingin bercerita tentang jodoh.
Berikut adalah kata-kata dari para penceramah dan orang-orang yang berpengalaman(berilmu)
"Apabila telah sampai jodoh seseorang, maka hendaklah menyegerakan pernikahannya."
"Jodoh Allah s.w.t yang tentukan"
"Jodoh kita telah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi"
Kisah I
Aku mempunyai calon bakal isteri tiga tahun lalu. Hubungan kami dipertahan bertahun-tahun, berkasih bagai nak rak sehingga merancang nak kahwin pada usia 20 tahun. Namun perhubungan kami terhenti di pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, dia tetap menanti pinangan aku sebelum dia bekerja sebagai guru KAFA di Damansara. Disebabkan aku yang masih menuntut di universiti, dia pula sedang bekerja menyebabkan kami jarang berhubung.
Dengan hatinya yang terbuka, dia pernah memberitahu dia menerima sesiapa sahaja yang masuk meminang, asalkan baik dan direstui ibu dan ayahnya. Ditambah dengan beberapa perkara yang membuatkan dia tidak mahu menunggu, tanpa aku ketahui, dia rupa-rupanya sudah ingin melangsungkan perkahwinannya dengan bakal suaminya yang tak pernah dimaklumkan kepada aku selama aku menanti untuk meminangnya. Alhamdulillah, yang terbaik untuk dia walaupun dia merahsiakan segala-galanya tentang perkahwinannya kepada aku.
Hampir genap setahun perkahwinan mereka. Aku redha dengan takdir, tiada jodoh antara kami dan aku sudah tidak perlu menunggu dia lagi. Bukan rezeki aku untuk memiliki isteri yang pandai mengaji Al-Quran. Tambahan pula, aku tak mampu meminang awal dan menyara dia kerana masih belajar. Dengan latar belakang pemuzik dan pencinta muzik Metal, tidak mampu menguatkan hati untuk berhadapan dengan bapanya yang merupakan individu yang aktif dalam jemaah tabligh.
Kisah II
Aku mempunyai bekas awek yang sama kelas sewaktu Tingkatan Enam. Rakan-rakan sekelas kami yang akrab, seorang lelaki dan perempuan yang juga turut berpasangan. Dua pasangan dari Tingkatan Enam yang diketahui para guru Tingkatan Enam menjadi bualan dan topik mengusik oleh para guru sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Kadangkala kami bertemu janji secara berpasangan, tambahan pula lelaki tersebut adalah rakan baik aku dalam kelas manakala aweknya merupakan rakan baik awek aku. Keintiman terserlah antara kami, namun semakin lama, hubungan menjadi semakin retak kerana perasaan seakan beransur hilang kasihnya. Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan awek aku kerana tidak mahu melihat dia terpaksa menerima kata-kata dan perlakuan kasarku lagi.
Selang beberapa minggu, rakan baik aku pula memutuskan hubungannya dengan aweknya. Maka berakhirlah hubungan pasangan-pasangan yang intim dalam Tingkatan Enam. Sangkaan aku nampaknya terlalu awal kerana bekas awek aku sebenarnya semakin rapat dengan bekas pakwe rakan baiknya yang juga merupakan rakan baik aku. Mereka sememangnya rapat dalam kelas sejak dahulu, sebagaimana keakraban semua rakan sekelas.
Mereka berdua mula menjalinkan perhubungan sebagai teman rapat dan lama-kelamaan bertambah serius sehingga ke tahap hari ini. Aku sememangnya ingin melihat mereka bahagia dan khabarnya mungkin mereka akan menamatkan hubungan mereka dengan pernikahan. Allah s.wt sudah takdirkan kita saling mengenali adalah untuk dipertemukan dengan pasangan yang sebenar.
Allah s.w.t telahpun mengaturkan perjalanan hidup kita.

Wednesday, May 22, 2013
Underrating Is Bad
Assamualaikum.
Although I didn't have any actual readers, confidently, I've die-hard stalkers...lol.
It seems that nobody want to read all my entries.
Since I got least carry marks for on going assessments, I will tell you a little piece of my bitterness in life.
Previously, I was claimed as an underrated, except during UPSR and SPM.hehe.
After I left my diploma program, "the blossomed awesome World of Accounting",
I went back to school, pursuing my pre-degree in Form 6. It was the most challenging moment for the rest of my life.
Being mysterious in silence, captured nobody. Being introvert make my day in dullness with fucking gloomy school.
Day by day, it became better, and finally, I can cope with all of my classmates.
A year later, too much kindness has brought me down. Because of my commitment in pre-degree association instead of different political ideology, most of them had started to boycott me. It's annoying and always be an unforgettable "attack" ever.
Three months later.My academic performance fell down, and I was one of three students that would be expelled from school because of bad attendance.
.....
....
....
Meanwhile,surviving in those problems, strengthening my efforts to be successful and enthusiastically I want to see my result with flying colours. I striving harder and harder; want to show them that "I'm not a loser man!".
Alhamdulillah, Allah gave me His grace, I got quite good results in most of STPM papers that I've taken.
"Abah, I get 2.92!" Although it was not in my highest target, I embraced it with thankful.
Stop looking me down. I AM NOT A LOSER, POSER!
*sorry, for my damn bad English.

Tuesday, May 14, 2013
Persepsi Jantina
Persepsi
Lelaki berpegangan tangan dengan Perempuan - Couple
Perempuan berpegangan tangan dengan Perempuan - Bff
Lelaki berpegangan tangan dengan Lelaki- Gay
FB Relationship Status
Girl in a relationship with Girl - BFF.
Boy in a relationship with Boy - BFF!
Persamaan
Kenapa tak pergi kelas?
Alasan:
Lewat dah
Tak ada orang kejut
Tidur lewat
Katil selesa sangat
Tak sedar
Panasla malam tadi, tak boleh tidur
Malaslah
Tak larat nak bangun
...blablabla...
......
....
...
Kenapa pergi kelas?
Alasan:
Ada test.
*Ayat kaki ponteng

Wednesday, May 8, 2013
Diskriminasi Abstrak
Ada seorang rakan dengan nada pelik bertanya:
Kenapa perempuan ramai di IPT?Di mana-manapun mereka ramai.
Aku menjelaskan bahawa ini semua adalah disebabkan oleh kuota untuk pelajar perempuan lebih banyak daripada lelaki. Ramai rakan lelaki aku tidak berjaya menyambung ijazah dengan pointer yang lebih baik daripada perempuan yang kini menjadi mahasiswi.INI SEMUA DISEBABKAN OLEH KUOTA, BUKAN LELAKI MALAS ATAU TIDAK LAYAK. Aku ada bukti.
Di universiti, penempatan lelaki lebih sedikit berbanding perempuan dan had masa tinggal di kolej lebih singkat berbanding pelajar perempuan. Perkhidmatan bas, usah ditanya kenapa ramai lelaki membawa motosikal. Ya, lelaki kena berdikari, untuk menjadi pemimpin, perlu berkorban kerana hawa kaum yang lemah.
Mereka disediakan dataran untuk melepak dengan rakan-rakan berdekatan kolej.
Masalah kipas di bilik aku, masih tidak diselesaikan adakah kerana lelaki minoriti di sini?Aduan telah dibuat kepada pihak kolej, tapi alasannya salah pasang kedudukan kipas, dan tidak ada tindakan susulan.
Ya, mahasiswi sememangnya rajin dan mendengar kata berbanding mahasiswa yang asyik menyuarakan masalah.
Kami dilahirkan untuk menjadi pemimpin,kami perlu bersuara.

Saturday, February 23, 2013
Destini APB
Assalamualaikum.
Mungkin sudah tidak ada lagi pembaca dalam kalangan rakan-rakan aku di blog ini.
Apapun, aku harap korang doakan aku untuk habiskan program ijazah aku yang akan bermula pada bulan hadapan sehinggalah hujung tahun 2015.
Semoga aku grad on time dengan jayanya, pengajian aku dan kehidupan aku di UiTM Shah Alam berjalan dengan lancarnya.
Walaupun program pengajian ijazah aku dalam bahasa yang aku belum cuba untuk fasih, pengajian bahasa Inggeris, berkat sokongan rakan-rakan yang membantu
InsyaAllah, aku akan berusaha untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris aku.
Selamat kembali ke universiti, setelah setahun berehat, menempuh dugaan serta membuat persembahan di sini sana dalam lapangan muzik sebagai gitaris.
Merakamkan EP dengan band lama, kenal mana kawan, mana lawan bukan sesuatu yang mudah untuk aku lupakan.
Akhirnya tercapai impian nak bela kucing, tercapai impian nak jadi pemuzik malah telah masuk dalam industri hiburan untuk seketika.Tak sabar nak dengar lagu "Celoteh Hari Raya" keluar di radio lagi.
Muzik itu bahasa seni, bahasa itu pertuturan kita bukan?Secara lisan mahupun tulisan.
Perjuangan masih belum berakhir...
Terima kasih.
p/s: Menunggu rakan-rakan seni menyambung pengajian di sini.
Monday, February 4, 2013
Kalah Membeli, Menang Memakai
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,Walaupun tiada pembaca, aku tetap akan menulis sehingga aku terdaya.
Terima kasih kepada yang memberi sokongan.
Aku akan terus memberi pendapat-pendapat yang membantu.
Aku ingin memberi sedikit pandangan kepada mereka yang amalkan budaya "Biar papa, asal bergaya" di IPT.
Disebabkan terlalu mengikut kawan-kawan, trend zaman ini dari fesyen, gadget sehinggalah makanan,
habis duit JPA,PTPTN, MARA diserakkan tanpa hala tuju;hujung semester alamatnya makan batu.
Apakah terlalu hina memakai pakaian murah/celup?Barangan pasar malam?Gadget kuno yang second hand?Barangan terpakai?Makan di gerai tepi jalan?
Tidak sama sekali.
Dari pengalaman aku, seperti diketahui aku ni suka beli kasut murah, di kedai kasut longgok yang rejected, harganya pasti bawah RM30.
Tetapi ketika memakainya di kampus,mereka kata kasut aku mahal, puji-puji sampai merah muka aku,walaupun aku dah maklumkan harga dan di mana aku beli kasut itu.
Kesimpulan daripada pengalaman aku, orang pandang kecantikan, kemudahan serta manfaat sesuatu benda tu, bukan harganya dan tempat kau beli.
Apa perlu berbelanja mewah untuk sesuatu yang ada lebih murah,malah sangat murah sedangkan fungsinya sama?
Prinsip "wasatiyyah" memang wajib diamalkan di mana-mana anda berada.
Orang lain boleh berjaya dengan handset nokia 3310, pakaian beli kat bundle atau makan di gerai nasi lemak.
Tak perlupun nak beli iphone5, beli pakaian di butik atau makan di Starbucks untuk dapat First Degree.
Tak hilang maruah, tak jatuh harga diri kerana kesederhanaan salah satu prinsip penting dalam Islam supaya anda beringat, anda bersyukur dan fikirlah ada yang lagi susah dari anda.
Terima kasih.
Monday, January 28, 2013
Minda Paradigma
Assalamualaikum.
Di mana-mana ada blog, di mana-mana ada pembaca, di mana-mana ada jodoh, di mana-mana ada rezeki.
Aku di mana?
"Orang cakap, tak kerja, tak ada duit, Diorang lupa ke yang beri rezeki tu Allah.
Bagi mereka orang yang tak bekerja dan asyik mencari ilmu itu orang yang tak ada visi."
Mereka mengukur duniawi
yang jelas di mata mereka
Berkereta, berkerjaya sudah cukup buta
untuk melihat apa yang abstrak
Aku menentang ideologi jumud
dalam fikiran manusia seluruhnya
kerana itu aku dianggap radikal
melihat pemikiran yang merengsa kehidupan anak watan.
Tidak mahukah mereka anjakan paradigma?
Tidakkah mereka rasa dipuruk dalam minda kelas ketiga?
Buka seluas-luasnya akal yang berfikir untuk seantero dunia.
Kerana agama kita paling luas, kerana bangsa kita luas, kerana negara kita tidak luas.
Di mana-mana ada cinta, di mana-mana ada tujuh serupa.

Wednesday, November 28, 2012
Seandainya Awak Jodoh Saya
Assalamualaikum.
Selepas sahaja membaca cerpen kisah benar tentang sahabat aku yang memendam rasa cintanya pada seorang gadis Cina, terdetik untuk aku menulis sesuatu tentang cinta.
Seumur hidup aku apabila bercinta, selalu sahaja gagal putus cinta malah ada yang hanya tersimpan dalam hati.
Sehingga kini aku masih kuncikan hati aku untuk cinta kerana dibayangi kisah-kisah lalu.
Gadis yang pernah aku cintai kini sudah bahagia, malah ada yang sudah berumahtangga.Alhamdulillah.
Sememangnya aku masih mencari cinta sejati dan ingin menjadikannya teristimewa bagi kaum Hawa yang akan menjadi permaisuriku suatu hari nanti, InsyaAllah.
Saling mencintai adalah suatu perkara yang amat sukar berlaku serentak.
Seandainya ada gadis yang sedia menerima ku untuk dijadikan suaminya seraya aku melamarnya,
jelas cinta ku sudah tertulis untuknya. Terbukti Allah s.w.t telah mempertemukan kita akhirnya pada usia yang tak kita jangka, dan gadis-gadis sebelum ini hanya untuk menduga iman ku sebagai hamba.
InsyaAllah, ku akan mencintaimu hingga ke syurga,
Seandainya telah tiba jodoh kita,
Seandainya awak jodoh saya...<3>3>

Wednesday, October 17, 2012
Terima Kasih Malaysia
Assalamualaikum.
Terima kasih sebab lawat blog ni.Saya bukan blogger popular.
Terima kasih sebab dengar lagu-lagu dalam blog ni.Saya bukan pemuzik popular.
Terima kasih sebab tak baca entri ni.Saya tahu entri ni tak best.
Terima kasih sebab nak pangkah halaman ni.Saya tahu blog saya bukan yang dicari-cari.
Terima kasih radio-radio di Malaysia sebab tak putarkan lagu-lagu kumpulan muzik saya.
Terima kasih abang Naz sebab 'belum' review kumpulan muzik saya.
Terima kasih pada yang mengongkong,memaksa sesuatu yang saya tak suka lakukan.
Terima kasih kerana bagi semangat pada saya untuk terus jadi blogger,pemuzik,penulis lagu.
Tanpa layanan sebegini, saya tak mampu hasilkan sesuatu yang berkualiti.
TERIMA KASIH MALAYSIA.

Monday, August 20, 2012
Misteri Serius
Assalamualaikum.Salam aidilfitri,salam emosi untuk budak-budak emosional tentang UPU,persahabatan dan percintaan sekalian.Haha.Lantak pi hang!
Aku update blog untuk stalker,reader bukan newer blogger. Hal ini adalah disebabkan oleh bilangan follower sama je. Entri kali ini tentang gadis misteri yang pernah aku kenali,jadi teman susah senang yang serius aku tak pernah temui realiti.Asyik-asyik di alam maya. Dari dulu berhajat, roh dalam jasad ini ingin tahu siapa yang aku kenali itu.
1st of all kaki bergambar, my best friend forever, Nabel. Berkawan sejak Tingkatan 4, dia form 3, tapi bayangpun tak pernah jumpa.Berita aku ke tempat dia, dia ke tempat aku ada la.Yang ada, mesej, facebook, blog, twitter. Misteri betul, hope suatu hari nanti kau kahwin, jemput aku. Boleh aku kenal kau dengan Izzaz pada masa yang sama.Sama padan,sama cantik.the truth.(Walaupun kau tak baca blog aku..haha)
2nd, teman misteri dari lereng Gunung Ledang,Nina, bertapa 3 tahun di Segamat, tapi mengenali aku setelah aku chow chin lunch chaw dari situ.
Buat blog senyap-senyap tak beritahu.Kenal di Facebook melalui tag pada gambar.Siotla aku nak gurau-gurau usha Biha, diorang ingat betul-betul.haha..Tak sangka pula aku rapat dengan Nina sejak 2009.Siapakah budak Fareena tu?Pendek ke tinggi?Gemuk ke kurus?Kecil ke besar?Akupun tak tahu.Harap dapat terserempakpun jadi la suatu hari nanti.Janganlah misteri je sampai seumur hidup aku.
3rd, tigress, kawan kepada Nabel, Pae. Datang PD dua kali dah, jumpa akupun tak pernah. Kau kena lah tahu siapa Muhammad Shafiq yang brutal lagi metal tahap membunuh ni. At least, ensure kau tak berkawan dengan stranger. Mana tahu aku ni gemuk ke sebenarnya, gigi rongak ke, mata hijau ke..Sejak dari Tingkatan 2 kita kenal,zaman Semashur kau sampaila matriks dan degree sekarang. Adik beradik kau, parents kau aku kenal je nama..haha.
Tolonglah jangan memisterikan diri anda dalam sejarah hidup aku.Aku budak baik lagi sopan kurang santun,makan daging kambing bukan darahnya.Terserempak pun jadi lah.InsyaAllah.
*Jangan risau jodoh aku korang takkan tahu siapa, takkan kenal siapa sampailah hari aku menikah nanti.
Tak ada orang nak marah aku jumpa member.

Sunday, June 17, 2012
Suka Duka Yang Terbaik Dari-Nya
Assalamualaikum.Alhamdulillah,dapat juga untuk menulis entri yang baru.Alang-alang malam ni aku dapat pinjam broadband abang aku, boleh lah luahkan sedikit rasa,buah fikiran dan pendapat.
Aku tahu kerja apapun tak mudah.Allah telah memakbulkan hajatku untuk bekerja sebagai pemuzik sambilan. Pendapatan aku memang tak tentu kerana kadangkala dapat job. Kadangkala tak ada job,aku buat recording sikit-sikit.Permulaan yang mendebarkan di hotel lima bintang,Marriot Hotel di Putrajaya,di hadapan VIP,Dato' Datin,doktor-doktor dalam dan luar negara. Allah beri yang terbaik untuk aku, bermula pada malam itu, dengan pujian tetamu,ucapan terima kasih daripada Dato' dengan menjabat tangan pemuzik-pemuzik, membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam minat yang sudah berdekad ini.Itu penanda aras yang baik..
Aku tidak sepopular artis di youtube seperti Najwalatif, tidak sehebat gitaris lagenda Rosli Muhalim, Jason Becker mahupun Yngwie Malmsteen. Malah bukan blogger yang hebat seperti Ben Ashaari mahupun Yuyu Zulaikha. Aku hanya melaksanakan apa yang aku peroleh dari-Nya untuk terus survive dalam kehidupan.I'm really trust what I've been for. Aku bersyukur dapat berkarya dengan band baru secara serius.InsyaAllah minggu depan akan keluar single terbaru dari band baru Pendeta.Album, insyaAllah tahun depan.Kalau lagu promo berjaya menaikkan nama band kami.
Dalam dunia saiber dan nyata ni, biarlah like tak banyak,komen tak ada langsung, biarlah orang tak kenal aku,biarlah orang tak suka aku,biarlah aku tak popular dan hot macam yang lain, kerana ini adalah yang terbaik dari-Nya untukku, untuk mak abah, untuk seluruh keluarga ku.Apa yang paling penting bagi seorang anak lelaki ialah melihat mak abah gembira dengan kejayaan mereka..
Anything,if it's for my mum and dad, insyaAllah, I'll striving till the last...=)
Suka Duka (Ketenangan) - Shafiq Din

![]() |
| STPM Excellence Awards |
Suka Duka (Ketenangan) - Shafiq Din
Sunday, May 20, 2012
Mrs., Right?
Assalamualaikum.
Aduhai nasib tunggu burning process for CD & VCD, 'just' two hours. Akhirnya, "your burning process is failed".Menyesal aku tak tidur awal,melayan usaha untuk burn the CD. Akhirnya aku kecewa dan tak tidur sampailah ke subuh.Siot punya Nero.
Whatevr,I'm already 21 years old.call me Mr.Shafiq.Really "Mr."
Aku rasa, dalam hari ini,aku asyik cerita pasal kahwin je sebab kawan aku ni, pemilik blog http://ikutsedaphati.blogspot.com/
membuatkan aku terasa yang aku sebenarnya seperti dia gak.Punyai seseorang yang perlu dihargai dalam blog.Sebagai seorang lelaki 3G (garang,ganas,gila-gila), memang segan nak mengaku sedang bercinta ke, sedang dilamun cinta ke, rasa nak menyorok bawah meja je kalau ada orang tanya soalan macam tu.It's hard for me to admit it.

Bila si dia nak bergambar berdua, aku rasa aku kena make up macam Dani Filth, baru rasa tak segan. Dahla aku tak reti nak buat mimik muka, nak buat muka cute tu semua, habis jahanam gambar tu dengan muka 'Undark' aku tu. Habis mak dia cakap aku ni garang,sedangkan aku ni lemah lembut,sopan santun,pemalu dan bukan gay serta bukan buruan gay.haha.
Apa-apapun,menyanyipun suara dah tumpul, petik gitarpun dah jarang, maka ucapan terima kasih kepada si dia kerana sudi menjadi P.A (Primadona Aku),jaga makan minum aku yang cerewet ketika keluar date, 'unduckkan' blog aku dengan jayanya, uruskan partnership business kita, dengar aku bagi syarahan, membebel bersama-sama serta berkongsi cerita aku yang tak kelakar .Selamat menyambut ulangbulan yang ke-10.Dah tiga tahun kita kenal!=)
This is for you..
This is for you..
Aku ni muka mangsa buruan ke?nasib badan.
Sunday, April 8, 2012
Kata-kata
Assalamualaikum.
Lama juga aku tak update blog.Pagi-pagi buta ni teragak untuk tulis sesuatu.
Aku tak mengharapkan banyak pembaca,banyak like mahupun komentar yang banyak.Aku mengharapkan kefahaman yang total kalau ada sesiapa yang sudi baca dan memberi manfaat kepada kalian.Alhamdulillah.
Selama beberapa bulan aku bertapa di rumah, aku faham beberapa perkara yang kadang-kadang aku update kt status fb.Kadang-kadang aku mesej kat kawan-kawan lelaki dan perempuan,kongsi apa yang aku ada.Penerimaan diorang,terserahla yang penting aku dah jalankan kewajipan aku sebagai teman diorang.Salah,aku tegur,betul aku sokong.Begitu juga aku,kalau aku ada salah,tegur,kalau aku buat benda baik,sokong.Give and take,mesti ada.
Berhujah dengan cara sendiri biarlah dengan fakta dan ilmu.Bukan dengan emosi dan akal fikiran semata-mata.
Berdebat mengasah fikiran kita untuk berfikir,menghujahkan apa yang rasional,usah jumudkan mentaliti dengan beranggapan, berdebat hanya membuang masa dan mencari masalah dengan bertikam lidah.Kematangan dan keterbukaan aspek penting untuk berhujah.
Persahabatan.Memang susah nak jalinkan persahabatan tapi amat mudah untuk memutuskannya.Sebab itu ada yang tak nak bercinta dan hanya mahu berkawan je sebab bila bercinta nanti,putus di tengah jalan,semua perhubungan pun putusla.KECUALI putus dengan cara dan punca yang baik.Itupun terserah pada diri masing-masing.
*Orang hanya kenal dan tegur kita bila kita di atas,bila di bawah, buat tak tahu je.
Orang apakah itu?
Kawan ketawa namanya.
*Bila kita kat bawah buat tak tahu,bila kita kat atas,dia tak ambil tahu.
Orang apakah itu?
Orang yang kita tak kenal&tak kenal kita walaupun saling mengenali.
Kawan menangis kita ialah orang yang sentiasa ambil tahu(hubungi,bertanya khabar, dsb) tentang kita dari awal kenal sehinggalah ke liang lahad (selain ahli keluarga).Itu kawan sejati kita.
Memang payah nak jumpa dan sukar dikenalpasti.Yang pasti kawan menangis kita bukan dari golongan dua di atas.
Siapapun kita,apapun yang kita lakukan,ingat, keikhlasan itu datang dari hati, bukan dari mulut(lisan) mahupun jari jemari (tulisan).Ikhlas kerana Allah,bukan kerana manusia.Wallahualam.
Sekian.

Saturday, February 18, 2012
Estetika Jiwa
Assalamualaikum.
Lama sudah aku tak update blog, internet tak ada, memang payah la.Nak tulis apapun aku tak tahu,
jadi,biarlah apa yang aku tulis ni betul-betul diri aku.
Sekarang ni aku layan gila solo-solo gitar yang betul-betul bermain dengan jiwa macam lagu-lagu Steve Vai.
Orang yang minat muzik,menyanyi atau mendengar lagu pasti faham apa tu penghayatan.Macam baca novel,cerita sedih mesti menangis,cerita seram mesti rasa seram.Kalau cerita sedih macam biasa je,orang tu mesti tak ada jiwa bila membaca novel.Begitu juga bila mendengar lagu,menyanyi dan bermain alat muzik.Soul tu penting.Bila ada soul,baru ada penghayatan dan baru faham apa yang kita dengar walaupun hanya sekadar instrumental.
Aku mula belajar menghasilkan lagu-lagu yang lebih kepada feel dan soul bila mendengar karya-karya Karl Cromok,Kitaro,Yngwie Malmsteen dan seterusnya Steve Vai.Lagu-lagu yang mereka cipta dan alunkan ada cerita yang sangat dramatik.Kadang-kadang aku nak ketawa bila tengok Steve Vai dalam konsert live dia tapi itulah hakikatnya,dia menjiwai lagu yang dimainkannya.Setiap not yang dipetik mengeluarkan tone yang sangat meruntun jiwa.

Akupun mula hasilkan lagu-lagu instrumental yang bermain dengan perasaan seperti Sadness (Let The Time Decide) /2009, Terdayakah /2011, Ketenangan /2011.Tak lupa juga rendisi lagu-lagu instrumental yang bergenre metal seperti Anger Of Revenge (Part I-Part IV)/2010-2012, Hehehehehe /2012.Aku bukan saje2 letak tajuk macam tu.Ada cerita disebalik setiap solo yang aku corakkan.
Setiap solo yang membuatkan gitaris bermain dengan penuh penghayatan mempunyai estetika kepada jiwa seorang gitaris itu sendiri.
\m/
Monday, January 9, 2012
Wo ai ni
Assalamualaikum.
Sedar tak sedar,sudah hampir 4tahun facebook wujud dalam hidup aku.Bermula dengan kebosanan,sangat tak aktif sehinggalah sederhana aktif seperti sekarang.Macam-macam yang berlaku di facebook dan banyak benda yang aku dapat belajar.
Sedar tak sedar,aku mengelamun secara tak sengaja, teringat kat amoi yang aku pernah usha masa di sekolah dulu.Nak kata masa tu memang aku rasa handal,bukan senang amoi nak lekat dengan lelaki metal macam aku.hehe.Dapatla jadi bf amoi tu kejap walaupun aku tak tak tau apa status kitorang.haha.
Dia cantik,comel,aku bahagia gila,semangat nak bawa dia ke dalam Islam.Nak kahwin dengan dia tapi...dia tak fasih Bahasa Melayu.Apa yang aku mesej,haram nak balas walaupun aku taip ayat skema,ejaan penuh.Call baru angkat.
Tulis surat,apa dia tulis aku tak faham.Ayat-ayat jiwang aku, lagi la dia 'faham'.
Disebabkan masalah komunikasi,aku tak taupun dia nak putus ke,nak apa ke.haha.Tapi,dah tak ada rezeki,usaha macam manapun,kalau bukan jodoh dengan aku,tetap bukan jodoh aku.Apa boleh buat, nasib badan.Kenanglah sampai bila-bila tetap jadi kenangan.
Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan amoi aku,teringat kat dia.Diapun dah tak ingat kat aku, tak approve akupun kat fb sebab dia tiap-tiap hari termakan semut kot selepas putus.
Venny,semoga awak bahagia dengan hidup awak,walaupun awak mungkin masih tak faham apa yang saya tulis ni&mungkin awak tak suka baca blog.Izinkan ku pergi.hehe.=)
Wednesday, January 4, 2012
Fenomena Ajek Hassan
Assalamualaikum.
"Tuhan tolong...lembutkan hati dia....."
Ombak Rindu yang dicover oleh bro Ajek Hassan dalam saluran Youtube telah berjaya menambat hati ramai peminat baru beliau.Antara lagu popular yang disyahdukan oleh beliau dalam channel mahass. Banyak lagi lagu-lagu yang dicover oleh beliau yang menyedapkan halwa telinga seperti Bicara Manis Menghiris Kalbu (Siti Nurhaliza), Awan Nano (Hafez AF), Usang (Rahim Maarof), Bila Cinta (Gio) dan Kasihnya Ibu (Jamal Abdillah)
Aku tak terkejut apabila pelakon Abby Abadi sendiri merupakan peminat setia bro Ajek.Selalu aku lihat Abby Abadi share video-video bro Ajek Hassan dalam facebook page dan facebooknya.
Sebagai peminat terawal bro Ajek Hassan, aku berasa sangat puas hati.Aku dapat sebar dan kongsikan hasil-hasil terbaik bro Ajek kepada kawan-kawan aku.Bila diorang layan lagu-lagu nyanyian bro Ajek, aku gembira.Aku rasa bro Ajek deserve untuk diiktiraf sebagai penyanyi anak jati Malaysia yang versatile..
Alhamdulillah.
Ajek Hassan akan datang Malaysia.Tak sabar rasanya nak lihat idola aku dalam bidang muzik beraksi dalam TV.Dengar-dengar beliau akan keluar dalam rancangan Jangan Tidur Lagi.Harap-harap dapat tengok TV masa beliau muncul.
Bagi aku,yang banyak main peranan ialah peminat-peminat bro Ajek.Ada rezeki,InsyaAllah bro Ajek akan rekod lagu sendiri dan radio-radio tolong putarkan lagu beliau setiap hari.hehe.
So,let's watch "Have You Ever Really Loved A Woman (Bryan Adams) ",covered by Ajek Hassan.Friday, December 30, 2011
Bandar Sunggala vs Bandar Sri Sendayan
Assalamualaikum.
Wah, makin lama makin hampir ye dengan tahun 2012. Tak lama je lagi,aku boleh mengundi.hehe
Apapun, setelah dua minggu sebagai warga Bandar Sri Sendayan, memang pada mulanya bosan juga sebab bandar baru nak naik.Kalau di Bandar Sunggala,ada Family Store,Kedai Runcit yang banyak,hospital,Pasar Raya Mesra,pantai batu 5, Sunggala Gateway, Kedai Makan Siam,yang sangat hampir dengan rumah aku.Bab nak lepak,makan-makan,shopping memang senang.
Perbezaan, masyarakat masih tak macam bandar,berbeza dengan masyarakat sini yang memang bagus.Tiada 'O' group&seangkatan dengannya siang atau malam.hehe.
Suhu disini tak sepanas PD,dengan ladang anggur berdekatan yang tersergam indah di atas bukit .menjadi bukti suhu masih bagus.
Nak practise menyanyi,gitar pun best.
Bilik kedap bunyi.
Walaupun rasa rindu dengan PD yang makin maju tu,ketenangan tetap di sini.Tiada bunyi remp motor yang tak kenal siang malam&macam-macam lagi.Akan aku kenang rumah tempat aku membesar,sejak lahir sehinggalah berusia 20tahun.
Dan aku yakin,Bandar Sri Sendayan akan sangat maju beberapa tahun lagi.
ss: Sesekali aku akan balik ke rumah PD,lepak-lepak kalau kawan-kawan balik cuti sem.Dengar2,akan re-painted&maybe di sewa.
Wednesday, December 28, 2011
Sibuk Menyibuk
Assalamualaikum.
Meriah cuti ni bagi yang lepas habis exam,tambah-tambah yang sibuk bekerja,sertai program-program tertentu.
Ada yang rela bekerja,terpaksa atau dipaksa bekerja.Ada yang sertai program-program anjuran kelab-kelab tertentu (SANTUNIAN =P ). Ada yang sibuk dengan rakaman lagu&shooting.
Dalam sibuk-sibuk, mungkin ada yang terlupa nak facebook-ing, nak blogging, nak membaca, nak menyanyi, nak main gitar,bangun malam(solat).Patutkah kita melupakan aktiviti yang kadang-kadang merupakan komitmen kita?
Apatah lagi kalau komitmen kita tu dengan orang lain?Dengan syarikat?Dengan band?Dengan mak ayah?Dengan Allah?
Jangan sibuk sampai lupa diri.
Fikir-fikirkan.Sibuk manapun,janganlah sampai abaikan tanggungjawab&komitmen kita.Majukan diri kita setapak lagi dan setapak lagi.
p/s:2012 (Fluent english & best guitarist)

Subscribe to:
Posts (Atom)