Monday, January 9, 2012

Wo ai ni

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar,sudah hampir 4tahun facebook wujud dalam hidup aku.Bermula dengan kebosanan,sangat tak aktif sehinggalah sederhana aktif seperti sekarang.Macam-macam yang berlaku di facebook dan banyak benda yang aku dapat belajar.

Sedar tak sedar,aku mengelamun secara tak sengaja, teringat kat amoi yang aku pernah usha masa di sekolah dulu.Nak kata masa tu memang aku rasa handal,bukan senang amoi nak lekat dengan lelaki metal macam aku.hehe.Dapatla jadi bf amoi tu kejap walaupun aku tak tak tau apa status kitorang.haha.

Dia cantik,comel,aku bahagia gila,semangat nak bawa dia ke dalam Islam.Nak kahwin dengan dia tapi...dia tak fasih Bahasa Melayu.Apa yang aku mesej,haram nak balas walaupun aku taip ayat skema,ejaan penuh.Call baru angkat.
Tulis surat,apa dia tulis aku tak faham.Ayat-ayat jiwang aku, lagi la dia 'faham'.

Disebabkan masalah komunikasi,aku tak taupun dia nak putus ke,nak apa ke.haha.Tapi,dah tak ada rezeki,usaha macam manapun,kalau bukan jodoh dengan aku,tetap bukan jodoh aku.Apa boleh buat, nasib badan.Kenanglah sampai bila-bila tetap jadi kenangan.

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan amoi aku,teringat kat dia.Diapun dah tak ingat kat aku, tak approve akupun kat fb sebab dia tiap-tiap hari termakan semut kot selepas putus.

Venny,semoga awak bahagia dengan hidup awak,walaupun awak mungkin masih tak faham apa yang saya tulis ni&mungkin awak tak suka baca blog.Izinkan ku pergi.hehe.=)



No comments: