Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Jodoh

Assalamualaikum.

Selamat membaca dan teruskan membaca.Kali ini saya ingin bercerita tentang jodoh.
Berikut adalah kata-kata dari para penceramah dan orang-orang yang berpengalaman(berilmu)

"Apabila telah sampai jodoh seseorang, maka hendaklah menyegerakan pernikahannya."

"Jodoh Allah s.w.t yang tentukan"

"Jodoh kita telah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi"


Kisah I

 Aku mempunyai calon bakal isteri tiga tahun lalu. Hubungan kami dipertahan bertahun-tahun, berkasih bagai nak rak sehingga merancang nak kahwin pada usia 20 tahun. Namun perhubungan kami terhenti di pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, dia tetap menanti pinangan aku sebelum dia bekerja sebagai guru KAFA di Damansara. Disebabkan aku yang masih menuntut di universiti, dia pula sedang bekerja menyebabkan kami jarang berhubung.

 Dengan hatinya yang terbuka, dia pernah memberitahu dia menerima sesiapa sahaja yang masuk meminang, asalkan baik dan direstui ibu dan ayahnya. Ditambah dengan beberapa perkara yang membuatkan dia tidak mahu menunggu, tanpa aku ketahui, dia rupa-rupanya sudah ingin melangsungkan perkahwinannya dengan bakal suaminya yang tak pernah dimaklumkan kepada aku selama aku menanti untuk meminangnya. Alhamdulillah, yang terbaik untuk dia walaupun dia merahsiakan segala-galanya tentang perkahwinannya kepada aku.

 Hampir genap setahun perkahwinan mereka. Aku redha dengan takdir, tiada jodoh antara kami dan aku sudah tidak perlu menunggu dia lagi. Bukan rezeki aku untuk memiliki isteri yang pandai mengaji Al-Quran. Tambahan pula, aku tak mampu meminang awal dan menyara dia kerana masih belajar. Dengan latar belakang pemuzik dan pencinta muzik Metal, tidak mampu menguatkan hati untuk berhadapan dengan bapanya yang merupakan individu yang aktif dalam jemaah tabligh. 



Kisah II

 Aku mempunyai bekas awek yang sama kelas sewaktu Tingkatan Enam. Rakan-rakan sekelas kami yang akrab, seorang lelaki dan perempuan yang juga turut berpasangan. Dua pasangan dari Tingkatan Enam yang diketahui para guru Tingkatan Enam menjadi bualan dan topik mengusik oleh para guru sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). 

 Kadangkala kami bertemu janji secara berpasangan, tambahan pula lelaki tersebut adalah rakan baik aku dalam kelas manakala aweknya merupakan rakan baik awek aku. Keintiman terserlah antara kami, namun semakin lama, hubungan menjadi semakin retak kerana perasaan seakan beransur hilang kasihnya. Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan awek aku kerana tidak mahu melihat dia terpaksa menerima kata-kata dan perlakuan kasarku lagi.

 Selang beberapa minggu, rakan baik aku pula memutuskan hubungannya dengan aweknya. Maka berakhirlah hubungan pasangan-pasangan yang intim dalam Tingkatan Enam. Sangkaan aku nampaknya terlalu awal kerana bekas awek aku sebenarnya semakin rapat dengan  bekas pakwe rakan baiknya yang juga merupakan rakan baik aku. Mereka sememangnya rapat dalam kelas sejak dahulu, sebagaimana keakraban semua rakan sekelas.

 Mereka berdua mula menjalinkan perhubungan sebagai teman rapat dan lama-kelamaan bertambah serius sehingga ke tahap hari ini. Aku sememangnya ingin melihat mereka bahagia dan khabarnya mungkin mereka akan menamatkan hubungan mereka dengan pernikahan. Allah s.wt sudah takdirkan kita saling mengenali adalah untuk dipertemukan dengan pasangan yang sebenar.

Allah s.w.t telahpun mengaturkan perjalanan hidup kita.

Thursday, September 1, 2011

Selamat Tinggal

Assalamualaikum.

Selamat pagi.Entri ini adalah ucapan selamat tinggal saya.Selamat tinggal untuk Port Dickson,kerana Disember ini saya dan keluarga akan berpindah ke rumah abang saya di Bandar Sendayan,Seremban.Saya ucapkan awal-awal,risau tak sempat nanti,ralat pula.Selepas ini,saya agak sibuk dengan STPM.

Selamat tinggal untuk Bandar Sunggala,tempat saya dilahirkan dan dibesarkan.Pahit manis,saat suka duka banyak di Bandar Sunggala.Kenangan dengan rakan karib,Allahyarham Amri semasa darjah 3 ketika bermain di rumahnya,kenangan dengan Allahyarham Niza ketika melepak bermain gitar di rumah Boy semasa bersekolah menengah tak akan mudah saya lupakan.Juga kenangan cinta pertama semasa kanak-kanak yang terpendam hingga kini.

Tak lupa pada kawan-kawan semasa zaman 'nakal' di Port Dickson,aku akan merindui korang.Nanti kita lepak sama-sama,bila aku free.Semua kawan semasa saya belajar di SMK Kampung Baru dan SK Si Rusa tetap akan saya ingat kalian.Walaupun saya pindah dekat sahaja lokasinya dengan Port Dickson,tapi terasa jauhnya bila tinggalkan tempat bermulanya kenangan kita.

Lipas(yang suka kacau ketika saya tidur) ,cencorot(yang suka kacau ketika saya blogging), tikus, lipan(yang suka kacau ketika saya mandi), semut,
lalat(yang suka kacau saya semasa saya makan dan tidur siang),terima kasih untuk setiap memori yang mencuit hati.Jaga diri nanti,jaga rumah ni.Hehe.
p/s:Cencorot dan tikus,kalau kucing nak beranak kat tempat kasut tu,korang stay la kejap kat tempat lain.

Selamat tinggal untuk "kenangan paling pahit di sini",saya akan mulakan diari kehidupan yang baru di sana.Selamat tinggal kepada yang tak terang-terangan menyebelahi saya semasa Tragedi Mei dalam laman sosial.Maaf kalau saya menjauhkan diri.Selamat tinggal juga 'Pulau Julai.'

Selamat tinggal Lye Liang.Saya dah tak 'dapat' nak jamming lagi.Haha."tara stick boleh balik la...!"
I'll keep on holding those words.

Selamat tinggal jalur lebar Celcom.Perkhidmatan akan ditamatkan dalam bulan November.Saya akan jarang mengemaskini blog dan akaun Facebook saya.Selamat tinggal status makanan Cik Fareena,mesti saya amat merindukannya.Selamat tinggal status jiwang Cik Farisha.Jangan asyik deactivate akaun &block sesiapapun lagi ya.Haha.

*Hanya video-video lagu yang akan terus dikemaskini kerana pengurus kumpulan kami agak sibuk.

Tak dapat juga nak tonton video Mat Luthfi dan Anwar Hadi yang terbaru nanti.Tak dapat nak download lagu dan album penuh band-band kegemaran dari fank.ru
Tak dapat nak baca wikipedia.Tak dapat nak update anti virus Kaspersky(expired gak nanti).

Selamat tinggal.T_T