Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Terima Kasih Malaysia

Assalamualaikum.

Terima kasih sebab lawat blog ni.Saya bukan blogger popular.

Terima kasih sebab dengar lagu-lagu dalam blog ni.Saya bukan pemuzik popular.

Terima kasih sebab tak baca entri ni.Saya tahu entri ni tak best.

Terima kasih sebab nak pangkah halaman ni.Saya tahu blog saya bukan yang dicari-cari.

Terima kasih radio-radio di Malaysia sebab tak putarkan lagu-lagu kumpulan muzik saya.

Terima kasih abang Naz sebab 'belum' review kumpulan muzik saya.

Terima kasih pada yang mengongkong,memaksa sesuatu yang saya tak suka lakukan.

Terima kasih kerana bagi semangat pada saya untuk terus jadi blogger,pemuzik,penulis lagu.
Tanpa layanan sebegini, saya tak mampu hasilkan sesuatu yang berkualiti.

TERIMA KASIH MALAYSIA.

Monday, August 20, 2012

Misteri Serius

Assalamualaikum.Salam aidilfitri,salam emosi untuk budak-budak emosional tentang UPU,persahabatan dan percintaan sekalian.Haha.Lantak pi hang!

Aku update blog untuk stalker,reader bukan newer blogger. Hal ini adalah disebabkan oleh bilangan follower sama je. Entri kali ini tentang gadis misteri yang pernah aku kenali,jadi teman susah senang yang serius aku tak pernah temui realiti.Asyik-asyik di alam maya. Dari dulu berhajat, roh dalam jasad ini ingin tahu siapa yang aku kenali itu.

1st of all kaki bergambar, my best friend forever, Nabel. Berkawan sejak Tingkatan 4, dia form 3, tapi bayangpun tak pernah jumpa.Berita aku ke tempat dia, dia ke tempat aku ada la.Yang ada, mesej, facebook, blog, twitter. Misteri betul, hope suatu hari nanti kau kahwin, jemput aku. Boleh aku kenal kau dengan Izzaz pada masa yang sama.Sama padan,sama cantik.the truth.(Walaupun kau tak baca blog aku..haha)

2nd, teman misteri dari lereng Gunung Ledang,Nina, bertapa 3 tahun di Segamat, tapi mengenali aku setelah aku chow chin lunch chaw dari situ.
Buat blog senyap-senyap tak beritahu.Kenal di Facebook melalui tag pada gambar.Siotla aku nak gurau-gurau usha Biha, diorang ingat betul-betul.haha..Tak sangka pula aku rapat dengan Nina sejak 2009.Siapakah budak Fareena tu?Pendek ke tinggi?Gemuk ke kurus?Kecil ke besar?Akupun tak tahu.Harap dapat terserempakpun jadi la suatu hari nanti.Janganlah misteri je sampai seumur hidup aku.

3rd, tigress, kawan kepada Nabel, Pae. Datang PD dua kali dah, jumpa akupun tak pernah. Kau kena lah tahu siapa Muhammad Shafiq yang brutal lagi metal tahap membunuh ni. At least, ensure kau tak berkawan dengan stranger. Mana tahu aku ni gemuk ke sebenarnya, gigi rongak ke, mata hijau ke..Sejak dari Tingkatan 2 kita kenal,zaman Semashur kau sampaila matriks dan degree sekarang. Adik beradik kau, parents kau aku kenal je nama..haha.


Tolonglah jangan memisterikan diri anda dalam sejarah hidup aku.Aku budak baik lagi sopan kurang santun,makan daging kambing bukan darahnya.Terserempak pun jadi lah.InsyaAllah.

*Jangan risau jodoh aku korang takkan tahu siapa, takkan kenal siapa sampailah hari aku menikah nanti.
Tak ada orang nak marah aku jumpa member.

Wednesday, June 29, 2011

Macam-macam

"Saya tidur di Korea Selatan,mandi di England,tinggal di Malaysia"

"Sudah dua bulan saya tidak datang ke sekolah.Bulan ni saya hampir pecahkan rekod,seminggu sehari je saya datang sekolah.Maknanya kehadiran saya 1:4 untuk sebulan"

"Bila rambut nak panjang ni?Susah nak headbanging..."

"Susahnya nak jumpa bandmate di PD ni"

"Saya rindukan Segamat.Bila nak mandi-manda kat Sagil?"

"Kepala gitar aku dah patah.Macam mana nak baiki?Nak gam ke atau hantar kedai?"

"Kepala gitar aku patah,mood akupun patah juga"

"Ciri-ciri isteri idaman aku ialah solehah,rendah diri,memahami serta tak halang minat aku"

Isu Semasa
"Kenapa zaman sekarang pelajar kayapun boleh dapat biasiswa,pelajar miskin tak dapat?"

"Kenapa harga barang naik,minyak naik,gaji dan pencen tak naik seiring?"

Macam-macam tentang dunia sekarang ni...