Tak lama lagi nak raya, aku nak berkongsi kuih raya pulunan aku setiap kali beraya di rumah orang.Kalau kanak-kanak lain pergi beraya nak duit,aku beraya nak pulun kuih raya yang sedap-sedap.Selalunya kerepek-kerepek memang top favourite,letak berbalang-balangpun terdaya orang menghabiskannya.Kalau biskut,aku meletakkan biskut-biskut tertentu dalam ranking tersendiri.Top 3 biskut raya yang paling dikehendaki dan 100% kegemaran aku ialah...
#1 Kuih Bangkit Cina
Kuih bangkit cina original memang sangat sedap dan wangi.Sesuai untuk semua lapisan umur.Tua,muda atau kanak-kanak boleh makan biskut bangkit cina.Bagi kanak-kanak atau orang tua,mereka selalunya makan kuih bangkit cina dengan hanya mengumam(menghisap dalam mulut).Aku dulu semasa kecil sangat addicted dengan kuih ini,kumam-kumam,hisap dalam mulut sampai sakit lelangit.hehe.Warna hijau paling sedap walaupun rasa lebih kurang sahaja.
Kalau kunyahpun boleh,tapi kenikmatan kuih bangkit cina tu tak dapat dirasai dengan kepuasan yang maksimum.Ada juga kuih bangkit cina yang agak rapuh,sedap juga namun originaliti sangat bagi aku sebagai pencinta kuih berasaskan santan ini.Bila melekat kat celah gusi tu,memang terasa kelazatan biskut ini.
*
#2 Kuih Batang Buruk
Nama buruk tapi rasa marvellous! Aku suka makan kuih ini dengan teknik makan tersendiri.Hehe.
Mula-mula aku akan sedut isi dalam biskut itu(hati-hati,risiko tersedak 90%),kemudian setelah menikmati habuk-habuk yang sedap,baru aku akan makan 'cover' kuih tu.Begitulah cara aku makan kuih itu dari kecil sampai sekarang(kot).Keenakan biskut ini terletak pada kerangupan 'cover' kuih tu dan 'lemak-lemak susu' habuk kuih tu.Bagi aku,kalau tersedak masa menyedut isi(habuk) kuih tu,bermakna penangan kuih tu sangat "ummph".Sedap sangat sampai tersedak.hehe
*
#3 Biskut Semperit
Kuih semperit original yang aku makan dekat rumah Allahyarhamah wan ambong aku tu membuatkan aku jatuh cinta dengan biskut high taste ni.Semperit handmade memang sedap.Bila bakar biskut tu,aroma memang menusuk.Ayah aku masa kecil-kecil dulu,pernah tolong wan ambong buat kuih semperit."Memang sedapla kuih semperit yang menggunakan mentega ni walaupun hanya dapat makan yang patah-patah tu(reject)".
Kuih semperit yang menggunakan marjerin okay,tapi kurang sedap.Aku suka pada 'crunchy' biskut semperit ni serta kewangian biskut ni.Tambahan pula,semperit tulen ni payah nak jumpa ketika beraya.Atas sebab itulah juga,aku meletakkan biskut ini dalam senarai biskut paling dikehendaki.=)
No comments:
Post a Comment