Assalamualaikum dan selamat pagi.
Entri pertama aku kali ini ingin membincangkan tentang sikap 'angguk-angguk geleng-geleng' dalam masyarakat.Mungkin ada yang tahu,Angguk-angguk geleng-geleng ini antara lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Ahli Fiqir.Apa yang kalian faham tentang mesej lagu itu?Dengar saja bahagian korus,pasti sudah dapat tangkap 'isi' lagu itu-berkaitan dengan keberanian bersuara dan berpendirian tetap.Sudah pasti ramai yang pernah jumpa individu-individu yang fiilnya sebegini.
Yang tak pernah jumpa,let me introduce:
Jusin Bakar(bukan nama sebenar): Aku rasakan,Uwie ni bla..bla..bla..Betul ke Kek?
Kek Helmet(bukan nama sebenar) : Betul!Aku setuju!(sambil angguk-angguk macam burung belatuk)
Jusin Bakar(bukan nama sebenar): Kau rasa?
Kek Helmet(bukan nama sebenar) : Aku setuju apa yang kau cakap tu.Uwie memang macam yang kau katakan tu.bla...blaa..blaa.
Jusin Bakar(bukan nama sebenar): Oh...
Ada dua perkara yang membuatkan Kek jadi macam tu:
1.Angau
2.Ada masalah
3.Bermasalah
Punya la taat,kawan dia cakap betul,diapun betul juga,kawan dia cakap tak,diapun cakap tak.Kalau taat semacam itu,tak lah berdosa.Yang berdosanya bila...
Kek Helmet : Si Jusin,ada ke dia cakap kau ni bla..bla..bla.Aku memang tak setuju dia cakap kau macam tu.Pada pendapat aku,kau bla..bla..bla..Tambahan pula,kau bla..bla..bla..Di samping itu,kau bla..bla..bla..
Uwie Matstim:Isk,isk...isk..isk..isk..Salah ke apa yang aku buat?
Kek Helmet :Tak uwie.Sebagai kawan,apa yang kau buat tu betul.
Kalau nak jadi pengampupun,janganla sampai macam tu.Kaki bodek tahap gaban semata-mata nak jaga hati kawan-kawan tapi belakang,bukan main dengan hujah-hujahnya.
Neutrally,orang macam ni jenis atas pagar.Dia tiada keberanian untuk bersuara ataupun keyakinan untuk menyuarakan pendapatnya sendiri.
Positively,dia mahu menjaga hati kawan-kawannya
Negatively,dia tidak berpendirian tetap.
Lebih kurang sebegitulah orang 'angguk-angguk geleng-geleng'.
Keluar daripada cerita tersebut,secara umumnya,sikap angguk-angguk geleng-geleng akan mendatangkan kesan buruk kepada:
*Kita - Takkan tahu apa salah dan silap kita.Manusia biasakan sentiasa membuat kesilapan.Maknanya perubahan kita untuk menjadi lebih baik daripada hari ini sukar nak berlaku sebab tiada yang nak tegur.
*Masyarakat dan negara,faham-faham je la macam mana.
Kesan kepada mereka pula:
*Mudah dimanipulasi dan dipengaruhi
*Stress (bagi yang bermuka-muka tu)
Cara Mengatasi:
Tak berani bersuara???
-Kalau takut nak bersuara depan-depan,sekarang ada facebook,gunakanlah untuk bersuara tetapi biarlah bersuara dengan ilmu(berhemah)bukan dengan ego.
Tak berpendirian tetap???
-Janganlah menzalimi diri anda,ikut orang?Masuk kubur nantipun takkan ikut orang juga?Hehe.Gurau je.Yakin dan ikut naluri anda.
Semua ini sekadar pendapat peribadi aku,segala salah dan silap aku akhiri dengan maaf.Terima kasih.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment