Sunday, November 20, 2011

Perkara yang biasa perempuan lakukan untuk melupakan kekasih.

Assalamualaikum..

Siapa yang tak sedih bila hubungan terputus di pertengahan?Orang yang tak ada perasaan je yang tak sedih.

Aku selalu memerhatikan pelbagai gelagat perempuan bila diorang putus cinta.

Kebiasaannya,diorang akan termenung,tidur,tiada mood,tak ada selera makan & bawah mata pasti bengkak bagi yang menangis tu(ehem2,faham2 jela sape2 yang terasa).Sehari selepas putus.

Tapi...

Ada juga yang pandai berselindung.berselindung macam manapun,orang akan tau juga,Tambah2,orang yang berpengalaman.Orang yang berselindung ialah:

1.Terlalu gembira tiba2.Gembira lebih dari hari biasa & sebelum putus.Ketawa,usik-mengusik orang mengalahkan orang yang menang loteri.

Memang dia terpaksa selindungkan segalanya.Sebenarnya tu mungkin cara dia lupakan kisah sedih dan lepaskan tekanan.Tapi tindakan dia tu nampak sangat dia baru lepas putus cinta,Bak kata orang putih,escapism.(tambah2,bagi hubungan yang dah publish)

2.Dah tak diet.Dah tak makan biskut je,dah makan mi,nasi,ayam goreng,burger.

Ada juga perempuan bersenam,diet untuk pakwe,bukan untuk kesihatan diri sendiri.Bila putus,dah mula makan berat2.Dah tak berjogging.Tu ke kegembiraan?Orangpun boleh tau hangpa baru lepas clash dengan tengok pada meals yang hangpa makan.

Kalau dah diet,teruskan diet.Betulkan niat.

3.Rapat dengan kawan-kawan lelaki lain.

Dah pandai bertepuk tampar dengan kawan2 lelaki.Kalau masa ada pakwe,mesej kawan lelakipun selalu tak balas.(takut pakwe marah).

Lagipun,ni cara diorang nak lupakan bekas pakwe.

Kalau paling kronik,yang ambil kawan lelaki jadi pelepas sepi untuk lupakan bekas pakwe."Teman tapi mesra".

4.Dah tak/lambat balas mesej atau tak/lambat angkat call dari bekas pakwe.

Ni selalu berlaku.Masa couple,baru je nak klik keluar dari menu mesej,mesej dah sampai.Sekarang korang hantar mesej,esok pagi belum tentu bekas awek korang balas mesej korang.

Macam2 alasan diorang bagi,kalau tak angkat call atau tak balas mesej.

TAK SEMUA PEREMPUAN MACAM TU.

Bila putus dengan awek,barulah korang tau,bekas awek korang tu kawan sejati lorang ke atau kawan hanya dalam mimpi(kawan semasa jadi awek sahaja).

Fikirkan...

No comments: