Saturday, September 17, 2011

Food court, food kot.

Assalamualaikum.


Beberapa hari yang lepas,masa aku pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur,singgahla sekejap makan dulu.Yelakan,ada orang belanja,tempat manapun aku sapu je,rezeki.Kami makan di Food court salah sebuah kompleks membeli yang terkemuka di negara ini.Mahu dipendekkan cerita,saya makan nasi ayam,dia pula makan kuey teow goreng.Walaupun nasi ayam saya hanya mengharapkan ayam dan nasi sahaja(bukannya kicap/sambal/sup),kuey teow goreng dia pula hanya mengharapkan rencah.Kalau ada ayam,udang,dan bukannya kerang yang sepatutnya menjadi rencah asli,akan menjadi punca dia makan hidangan tersebut.


Selalunya kuey teow goreng rupanya sebegini kan




Yang dia makan tu rupanya berkilat(oily),brightness kuey teow tu (-50).Bayangkanlah,dah hampir-hampir nak jadi kuey teow kopi.Kalau tunjuk nanti,dah biasa tengok kan.Memang payah nak habiskan kecuali kalau betul-betul alami kebuluran.Dulu aku makan nasi beriani ayam je di Food court KL,mahal sangat,dalam RM11(termasuk air milo).Tapi rasa nasi apa entah.Menyesal aku beli,kalau tau,aku dah makan kat KFC.
Tengokla kalau yang penyedia makanan tu,dah boleh agak menjadi ke atau tak hidangan yang kita pesan tu.


Kalau kita order makanan dalam kuali panas tu,cuba tengok orang bangla tu masukkan bahan,main campak je bahan tu,dah handal macam Chef Wan.sesuai dengan rasa yang terlebih masin masa kita makan hidangan kuali panas tu.Pernah juga kan tengok bangla sediakan Nasi Goreng Kampung?


Kadang-kadang tak serupa makanan dah,ni bukan Food court,malah kita akan bertanya "Apa ni?"
Tu yang makan tak habis tu.Kalau habispun sebab lapar sangat,tak nak membazir@harga mahal(rugi).


Sepatutnya kalau dah hidangan macam tu,bagilah berpatutan dengan harga.Ini tak,macam harga hidangan standard high class,
Solusinya,gunakan kebijaksanaan dalam memilih tempat makan.
Tak ada la kebarangkalian membazir.Takpun,makan je la kat kedai mamak yang bagus-bagus dan berpatutan.
Masakan timur lebih susah disediakan daripada masakan barat.Tak nak la nanti aku makan mi goreng basah,rasa mop berendam kicap pulak...

No comments: