Monday, January 28, 2013

Minda Paradigma

Assalamualaikum.

Di mana-mana ada blog, di mana-mana ada pembaca, di mana-mana ada jodoh, di mana-mana ada rezeki.

Aku di mana?

"Orang cakap, tak kerja, tak ada duit, Diorang lupa ke yang beri rezeki tu Allah.
Bagi mereka orang yang tak bekerja dan asyik mencari ilmu itu orang yang tak ada visi.
"

Mereka mengukur duniawi
yang jelas di mata mereka
Berkereta, berkerjaya sudah cukup buta
untuk melihat apa yang abstrak

Aku menentang  ideologi jumud
dalam fikiran manusia seluruhnya
kerana itu aku dianggap radikal
melihat pemikiran yang merengsa kehidupan anak watan.

Tidak mahukah mereka anjakan paradigma?
Tidakkah mereka rasa dipuruk dalam minda kelas ketiga?

Buka seluas-luasnya akal yang berfikir untuk seantero dunia.
Kerana agama kita paling luas, kerana bangsa kita luas, kerana negara kita tidak luas.

Di mana-mana ada cinta, di mana-mana ada tujuh serupa.