Wednesday, May 8, 2013

Diskriminasi Abstrak

Ada seorang rakan dengan nada pelik bertanya:
Kenapa perempuan ramai di IPT?Di mana-manapun mereka ramai.

Aku menjelaskan bahawa ini semua adalah disebabkan oleh kuota untuk pelajar perempuan lebih banyak daripada lelaki. Ramai rakan lelaki aku tidak berjaya menyambung ijazah dengan pointer yang lebih baik daripada perempuan yang kini menjadi mahasiswi.INI SEMUA DISEBABKAN OLEH KUOTA, BUKAN LELAKI MALAS ATAU TIDAK LAYAK. Aku ada bukti.

Di universiti, penempatan lelaki lebih sedikit berbanding perempuan dan had masa tinggal di kolej lebih singkat berbanding pelajar perempuan. Perkhidmatan bas, usah ditanya kenapa ramai lelaki membawa motosikal. Ya, lelaki kena berdikari, untuk menjadi pemimpin, perlu berkorban kerana hawa kaum yang lemah.

Mereka disediakan dataran untuk melepak dengan rakan-rakan berdekatan kolej.

Masalah kipas di bilik aku, masih tidak diselesaikan adakah kerana lelaki minoriti di sini?Aduan telah dibuat kepada pihak kolej, tapi alasannya salah pasang kedudukan kipas, dan tidak ada tindakan susulan.

Ya, mahasiswi sememangnya rajin dan mendengar kata berbanding mahasiswa yang asyik menyuarakan masalah.

Kami dilahirkan untuk menjadi pemimpin,kami perlu bersuara.

No comments: