Saturday, February 23, 2013

Destini APB


Assalamualaikum.

Mungkin sudah tidak ada lagi pembaca dalam kalangan rakan-rakan aku di blog ini.
Apapun, aku harap korang doakan aku untuk habiskan program ijazah aku yang akan bermula pada bulan hadapan sehinggalah hujung tahun 2015.
Semoga aku grad on time dengan jayanya, pengajian aku dan kehidupan aku di UiTM Shah Alam berjalan dengan lancarnya.
Walaupun program pengajian ijazah aku dalam bahasa yang aku belum cuba untuk fasih, pengajian bahasa Inggeris, berkat sokongan rakan-rakan yang membantu
InsyaAllah, aku akan berusaha untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris aku.

Selamat kembali ke universiti, setelah setahun berehat, menempuh dugaan serta membuat persembahan di sini sana dalam lapangan muzik sebagai gitaris.
Merakamkan EP dengan band lama, kenal mana kawan, mana lawan bukan sesuatu yang mudah untuk aku lupakan.
Akhirnya tercapai impian nak bela kucing, tercapai impian nak jadi pemuzik malah telah masuk dalam industri hiburan untuk seketika.Tak sabar nak dengar lagu "Celoteh Hari Raya" keluar di radio lagi.

Muzik itu bahasa seni, bahasa itu pertuturan kita bukan?Secara lisan mahupun tulisan.
Perjuangan masih belum berakhir...
Terima kasih.

p/s: Menunggu rakan-rakan seni menyambung pengajian di sini.

2 comments:

Salwa said...

UiTM Shah Alam ek. Dekat la kite. Blajar leklok. Salam perkenalan ;)

Shafiq Din said...

salam perpisahan.semester akhir dah ni...