Sunday, June 17, 2012

Suka Duka Yang Terbaik Dari-Nya

Assalamualaikum.Alhamdulillah,dapat juga untuk menulis entri yang baru.Alang-alang malam ni aku dapat pinjam broadband abang aku, boleh lah luahkan sedikit rasa,buah fikiran dan pendapat.


Aku tahu kerja apapun tak mudah.Allah telah memakbulkan hajatku untuk bekerja sebagai pemuzik sambilan. Pendapatan aku memang tak tentu kerana kadangkala dapat job. Kadangkala tak ada job,aku buat recording sikit-sikit.Permulaan yang mendebarkan di hotel lima bintang,Marriot Hotel di Putrajaya,di hadapan VIP,Dato' Datin,doktor-doktor dalam dan luar negara. Allah beri yang terbaik untuk aku, bermula pada malam itu, dengan pujian tetamu,ucapan terima kasih daripada Dato' dengan menjabat tangan pemuzik-pemuzik, membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam minat yang sudah berdekad ini.Itu penanda aras yang baik..


Aku tidak sepopular artis di youtube seperti Najwalatif, tidak sehebat gitaris lagenda Rosli Muhalim, Jason Becker mahupun Yngwie Malmsteen. Malah bukan blogger yang hebat seperti Ben Ashaari mahupun Yuyu Zulaikha. Aku hanya melaksanakan apa yang aku peroleh dari-Nya untuk terus survive dalam kehidupan.I'm really trust what I've been for. Aku bersyukur dapat berkarya dengan band baru secara serius.InsyaAllah minggu depan akan keluar single terbaru dari band baru Pendeta.Album, insyaAllah tahun depan.Kalau lagu promo berjaya menaikkan nama band kami.


Dalam dunia saiber dan nyata ni, biarlah like tak banyak,komen tak ada langsung, biarlah orang tak kenal aku,biarlah orang tak suka aku,biarlah aku tak popular dan hot macam yang lain, kerana ini adalah yang terbaik dari-Nya untukku, untuk mak abah, untuk seluruh keluarga ku.Apa yang paling penting bagi seorang anak lelaki ialah melihat mak abah gembira dengan kejayaan mereka..


Anything,if it's for my mum and dad, insyaAllah, I'll striving till the last...=)

STPM Excellence Awards



Suka Duka (Ketenangan) - Shafiq Din