Wednesday, November 28, 2012

Seandainya Awak Jodoh Saya

Assalamualaikum.

Selepas sahaja membaca cerpen kisah benar tentang sahabat aku yang memendam rasa cintanya pada seorang gadis Cina, terdetik untuk aku menulis sesuatu tentang cinta.

Seumur hidup aku apabila bercinta, selalu sahaja gagal putus cinta malah ada yang hanya tersimpan dalam hati.
Sehingga kini aku masih kuncikan hati aku untuk cinta kerana dibayangi kisah-kisah lalu.
Gadis yang pernah aku cintai kini sudah bahagia, malah ada yang sudah berumahtangga.Alhamdulillah.
 Sememangnya aku masih mencari cinta sejati dan ingin menjadikannya teristimewa bagi kaum Hawa yang akan menjadi permaisuriku suatu hari nanti, InsyaAllah.

Saling mencintai adalah suatu perkara yang amat sukar berlaku serentak.
Seandainya ada gadis yang sedia menerima ku untuk dijadikan suaminya seraya aku melamarnya,
jelas cinta ku sudah tertulis untuknya. Terbukti Allah s.w.t telah mempertemukan kita akhirnya pada usia yang tak kita jangka, dan gadis-gadis sebelum ini hanya untuk menduga iman ku sebagai hamba.

InsyaAllah, ku akan mencintaimu hingga ke syurga,
Seandainya telah tiba jodoh kita,
Seandainya awak jodoh saya...<3>

No comments: