Friday, December 30, 2011

Bandar Sunggala vs Bandar Sri Sendayan

Assalamualaikum.

Wah, makin lama makin hampir ye dengan tahun 2012. Tak lama je lagi,aku boleh mengundi.hehe

Apapun, setelah dua minggu sebagai warga Bandar Sri Sendayan, memang pada mulanya bosan juga sebab bandar baru nak naik.Kalau di Bandar Sunggala,ada Family Store,Kedai Runcit yang banyak,hospital,Pasar Raya Mesra,pantai batu 5, Sunggala Gateway, Kedai Makan Siam,yang sangat hampir dengan rumah aku.Bab nak lepak,makan-makan,shopping memang senang.

Perbezaan, masyarakat masih tak macam bandar,berbeza dengan masyarakat sini yang memang bagus.Tiada 'O' group&seangkatan dengannya siang atau malam.hehe.

Suhu disini tak sepanas PD,dengan ladang anggur berdekatan yang tersergam indah di atas bukit .menjadi bukti suhu masih bagus.

Nak practise menyanyi,gitar pun best.
Bilik kedap bunyi.

Walaupun rasa rindu dengan PD yang makin maju tu,ketenangan tetap di sini.Tiada bunyi remp motor yang tak kenal siang malam&macam-macam lagi.Akan aku kenang rumah tempat aku membesar,sejak lahir sehinggalah berusia 20tahun.
Dan aku yakin,Bandar Sri Sendayan akan sangat maju beberapa tahun lagi.

ss: Sesekali aku akan balik ke rumah PD,lepak-lepak kalau kawan-kawan balik cuti sem.Dengar2,akan re-painted&maybe di sewa.

Wednesday, December 28, 2011

Sibuk Menyibuk

Assalamualaikum.


Meriah cuti ni bagi yang lepas habis exam,tambah-tambah yang sibuk bekerja,sertai program-program tertentu.


Ada yang rela bekerja,terpaksa atau dipaksa bekerja.Ada yang sertai program-program anjuran kelab-kelab tertentu (SANTUNIAN =P ). Ada yang sibuk dengan rakaman lagu&shooting.


Dalam sibuk-sibuk, mungkin ada yang terlupa nak facebook-ing, nak blogging, nak membaca, nak menyanyi, nak main gitar,bangun malam(solat).Patutkah kita melupakan aktiviti yang kadang-kadang merupakan komitmen kita?


Apatah lagi kalau komitmen kita tu dengan orang lain?Dengan syarikat?Dengan band?Dengan mak ayah?Dengan Allah?


Jangan sibuk sampai lupa diri.


Fikir-fikirkan.Sibuk manapun,janganlah sampai abaikan tanggungjawab&komitmen kita.Majukan diri kita setapak lagi dan setapak lagi.




p/s:2012 (Fluent english & best guitarist)

Monday, December 26, 2011

YEA(Year End Advise)

Assalamualaikum.


Dalam kemeriahan di Youtube dengan lagu lagu-lagu yang dicover oleh bro Ajek Hassan,pada hujung tahun ni,aku ingin rumuskan sesuatu secara umum berkaitan entri-entri yang aku pos.


Semua entri yang aku tulis,betul-betul ikhlas hasil daripada pengalaman aku.Nasihat bukan berdasarkan buku atau sekadar kata-kata kosong.Semuanya berdasarkan pengalaman
sebenar yang aku aplikasikan dalam bentuk entri.Orang tak tahu,tak rasa apa yang kita alami.Mereka hanya tahu menasihati mengikut apa yang mereka fikirkan.Kadang-kadang,nasihat mereka langsung tidak berkesan untuk jangka masa panjang & adakalanya tak berguna.Apakah puncanya? Kerana sesuatu masalah diselesaikan mengikut teori @ akal semata.


Learn from our mistake.Pengalaman hari ni tak berguna untuk hari ini,tapi sangat berguna untuk hari esok.


Kalau bagi Muslim,selesaikan sesuatu masalah melalui Al-Quran dan hadith sahih.


Selamat menyambut tahun baru,moga-moga 2012 memberi semangat yang baru untuk kita semua!!!

Thursday, December 15, 2011

5 pembakar semangat yang negatif

Assalamualaikum.


Kejayaan,umumnya menjadi matlamat setiap individu dalam melakukan sesuatu.Sama ada kejayaan dalam melakukan perkara positif atau negatif.
Selalunya,pembakar semangat dikaitkan dengan elemen positif seperti dorongan,harapan & kejayaan orang lain.Pada pendapat aku,orang akan lebih bersemangat bila pembakar semangat dari elemen negatif.

Kutukan/Sindiran
Selalu berlaku pada sesiapapun.Mula-mula memang rasa tercabar,kemudian kita akan betah menggunakan fakta-fakta dari pakar motivasi dan mutiara kata namun tak terlawan.Mereka takkan percaya kerana tak ada bukti kita sudah mencapai kejayaan tersebut.Alah bisa tegal biasa,bila kita sudah lali,baru kita dapat tangani dengan matang.Hanya diam dan senyum sudah cukup mematahkan serangan pengutuk.Kunci kejayaan melalui kutukan ialah rasa tercabar,lalu kita buktikan.


Kebencian
Dalam diam,pasti ada perasaan benci.Contohnya,aku tahu apa yang aku benci,siapa yang aku benci,apa yang membenci & siapa yang membenci.Maka,gunakan perasaan itu sebagai pemangkin semangat untuk "membatukan"apa@siapa yang kita benci dan orang-orang yang membenci kita.Orang pertama yang kita ingin tahu reaksi mereka ketika kita berjaya ialah orang yang membenci & mengutuk kita.


Cemburu
Bila orang yang benci kita & kutuk kita berjaya,mesti kita jangka dia berlagak,masa tu kita sebenarnya cemburu.Kerana tak nak ramalan kita tu benar belaka sekali lagi,kita bersemangat untuk berada di tahap tinggi dari orang lain.Orang yang tanya perkembangan kejayaan kita tanpa ucap tahniah,tu la orang yang perlu kita cemburu.


Dipandang rendah/tak diendahkan
Selalu ada individu target dalam sesuatu bidang dan akan ada underdog dalam bidang-bidang tersebut.Individu target lebih popular,ditumpukan&mendapat perhatian serta sokongan ramai.Bila ada yang pandang rendah dengan kita,sampai kita berjaya pun,disifatkan sebagai "nasib",memang kita patut "pangkah" dia.Bila orang memandang rendah dengan kita.masa tu la kita rasa nak buktikan kita bukan seperti yang diperlekeh.Bila kita dah berjaya,baru mata dibuka,baru mereka faham Allah Maha Adil.


Kekecewaan
Akibat terlalu kecewa dengan sesuatu perkara kita terarah untuk melakukan sesuatu yang akan memberi impak dalam hidup untuk mengubah hidup kita kepada yang lebih baik.Hal ini melalui tindakan melupakan apa yang berlaku.Contohnya,putus cinta.kita ingin membuktikan kita boleh berjaya tanpa dia kerana kita ada tuhan.Kepada-Nya kita memohon,bukan kepada dia yang mengecewakan kita.


Life must go on.Bak kata pepatah,no pain no gain.GOOD LUCK!!!!

B.Y.O.B (Bring Your Own Business)

Aku mula meminati business sejak aku mula jadi "pemegang syer" sewaktu di uitm dulu.Ramai budak jalankan perniagaan,pelbagai jenis perniagaan dijalankan.Ramai marketeers.Aku shareholder untuk business yang "pasti laku" di kolej2.Tak payah running business,upah orang,profit dapat 2.2 kali ganda.Business,kalau jadi pekongsi lelap pun boleh untung.sekarang,aku jalankan perniagaan perkongsian secara online,di fbklik link nie utk tgk barang-barang yang aku jual...

Klik link nie untuk tengok business online aku :

http://www.facebook.com/messages/?action=read&tid=id.217335891677786#!/profile.php?id=100003115903635



Saturday, December 10, 2011

Penyanyi Kegemaranku

Penyanyi Antarabangsa

Perempuan:

Mariah Carey
Toni Braxton
Whitney Houston

Lelaki:
Marc Anthony
Miljenko Matijevic (Steelheart)
David Coverdale (Deep Purple/Whitesnake)
Maher Zain

Penyanyi Tempatan

Perempuan:
Haida
Izzla

Lelaki:
Ramli Sarip (Sweet Charity/Lefthanded)
Apit (Baronbros)
Zarul (Umbrella)
Afgan
Zamani (Slam)