Sunday, November 20, 2011

Perkara yang biasa perempuan lakukan untuk melupakan kekasih.

Assalamualaikum..

Siapa yang tak sedih bila hubungan terputus di pertengahan?Orang yang tak ada perasaan je yang tak sedih.

Aku selalu memerhatikan pelbagai gelagat perempuan bila diorang putus cinta.

Kebiasaannya,diorang akan termenung,tidur,tiada mood,tak ada selera makan & bawah mata pasti bengkak bagi yang menangis tu(ehem2,faham2 jela sape2 yang terasa).Sehari selepas putus.

Tapi...

Ada juga yang pandai berselindung.berselindung macam manapun,orang akan tau juga,Tambah2,orang yang berpengalaman.Orang yang berselindung ialah:

1.Terlalu gembira tiba2.Gembira lebih dari hari biasa & sebelum putus.Ketawa,usik-mengusik orang mengalahkan orang yang menang loteri.

Memang dia terpaksa selindungkan segalanya.Sebenarnya tu mungkin cara dia lupakan kisah sedih dan lepaskan tekanan.Tapi tindakan dia tu nampak sangat dia baru lepas putus cinta,Bak kata orang putih,escapism.(tambah2,bagi hubungan yang dah publish)

2.Dah tak diet.Dah tak makan biskut je,dah makan mi,nasi,ayam goreng,burger.

Ada juga perempuan bersenam,diet untuk pakwe,bukan untuk kesihatan diri sendiri.Bila putus,dah mula makan berat2.Dah tak berjogging.Tu ke kegembiraan?Orangpun boleh tau hangpa baru lepas clash dengan tengok pada meals yang hangpa makan.

Kalau dah diet,teruskan diet.Betulkan niat.

3.Rapat dengan kawan-kawan lelaki lain.

Dah pandai bertepuk tampar dengan kawan2 lelaki.Kalau masa ada pakwe,mesej kawan lelakipun selalu tak balas.(takut pakwe marah).

Lagipun,ni cara diorang nak lupakan bekas pakwe.

Kalau paling kronik,yang ambil kawan lelaki jadi pelepas sepi untuk lupakan bekas pakwe."Teman tapi mesra".

4.Dah tak/lambat balas mesej atau tak/lambat angkat call dari bekas pakwe.

Ni selalu berlaku.Masa couple,baru je nak klik keluar dari menu mesej,mesej dah sampai.Sekarang korang hantar mesej,esok pagi belum tentu bekas awek korang balas mesej korang.

Macam2 alasan diorang bagi,kalau tak angkat call atau tak balas mesej.

TAK SEMUA PEREMPUAN MACAM TU.

Bila putus dengan awek,barulah korang tau,bekas awek korang tu kawan sejati lorang ke atau kawan hanya dalam mimpi(kawan semasa jadi awek sahaja).

Fikirkan...

Thursday, November 17, 2011

"Angankan.."

Assalamualaikum.

Malam ni,aku ada benda yang pastinya ramai pelajar lelaki yang berangan.KOrang mempunyai AWEK SEORANG CIKGU/PENSYARAHyang mengajar kelas korang sendiri.

Seronoknya..Aku suka bayangkan macam tu.Mesti ujian "tip top" sentiasa.Bukan "bias" ,tapi,sebab ada orang yang terangkan dengan lebih mendalam.Ada orang yang sangat prihatin dengan pelajaran kita.Nak main-mainpun tak boleh.Nak mengatal dengan kawan sekelas,memang kena marahla.Kalau ada gosip,mati woo.Haha.

Dari segi pelajaran,memang fahamla.Tambahan pula,untuk subjek yang susah & tak minat.Tapi awek mesti serius dalam kelas semasa mengajar walaupun mengajar pakwe.Memang kena marah datang lewat(bergayut dengan awek sampai tidur lewat),kena berdiri di luar,kena marah tak dapat jawab soalan(tak fokus,asyik tengok siapa yang mengajar,bukan apa yabg diajar).

Bila tak faham "asignments","tasks",memang dengan ringan-seringan2nya mulut & tulang untuk bertanya.Tapi payah nak kawal diri,dah fikir lain.(cun juga awek aku ni berbaju kurung setiap hari.)

Tapi penat berlakon,kalau tak,awek kena posting jika kantoi.Kalau awek jenis pensyarah yang kuat bebel,dalam kelas kena,masa berdatingpun kena bebel.

Pakwe : Hai sayang..
Makwe : Tak study ke?Awk nie..Awk kan nak exam dua minggu lagi."Assignments" yang awk hantarpun cincai2 je..Awk ni kenapa malas?Ikutkan hati,nak je saya bagi 0 untuk "assingments" awk tu.Awk kena bla..bla..bla..

Tapi kalau setiap subjek,awek-awek yang ajarkan,lg best(playboy katakan).Mereka berlumba-lumba nak bagi korang skor subjek masing-masing.Nak dapatkan tempat dalam hati korang.

Secara automatiknya juga,takkan ada ayat "Tak payahla bercinta dulu,belajar dulu.Nanti dah kerja,baru fikir pasal cinta".

Ayat tu,selalunya pensyarah/guru yang andartu kerapkali mengungkapkannya.Kenapa ye ?

Akhir kata,belajarlah dengan apa yang kita ada,bukan dengan siapa yang kita ada.Tak baik "bias" tau..hehehe..